Pemuda Cuba Buat Resipi KA Tapi Lain Pula Jadinya
Menjelang Ramadan, media sosial berubah menjadi “buku resipi digital” terbesar, dengan warga net berlumba-lumba mencuba resipi viral.
Daripada pencuci mulut yang menyelerakan hingga ke hidangan utama yang menggamit selera, segala-galanya tular di TikTok, Facebook dan Instagram.
Siapa tak kenal, pempengaruh terkenal tanah air, Khairul Aming (KA), yang sentiasa menjadi ‘buruan’ ramai terutama bila tiba musim Ramadan.
Setiap kali beliau memuat naik resipi baharu, satu Malaysia akan berpusu-pusu ke pasar raya untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan.
Namun, dalam ‘kesungguhan’ ramai mencuba resipi KA, ada juga kejadian tidak dijangka yang mengundang tawa.
“Khairul Aming rasanya kongsi video masak, kenapa yang follow jadi demo reaksi kimia pulak dah”
Terbaru, seorang pengguna TikTok (@havocadoo) cuba membuat resipi “chicken tenders” yang baru sahaja dikongsikan oleh KA.
Malangnya, hasilnya jauh berbeza daripada apa yang diajar.
Dalam resipi asal, KA mengajar teknik menggoreng ayam dengan minyak panas bagi mendapatkan hasil yang rangup sempurna.
Namun, pengguna TikTok ini mungkin sedikit “terlebih rajin” kerana minyak yang dipanaskannya bukan sekadar panas.
Tetapi, rakaman video yang dimuat naik menunjukkan api marak menyala dalam kuali.
@havocadoo Hmm tak jadi 🙁
♬ original sound – I’m Your Photographer – I’m Your Photographer
Tidak mengejutkan, video ini segera mendapat perhatian netizen, dan ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi.
“30 hari, 30 kes bomba,”
“Setakat pengikut-pengikut resipi KA, abang memang paling jauh. Jauh dari resipi,”
“Abang, kau panaskan minyak ke leburkan besi?”
“Duduk diam-diam je la bang, Tak payah masak dah,”
“Orang lain masak, dia pun nak masak,”
“Kot ya pun nak buat lagi special dari KA, tak payah la sampai letak api,”
BACA: Bacaan Merdu, “Imam Sudais” Malaysia Pimpin Solat Tarawih Curi Tumpuan
BACA: Pelajar USIM Terpilih Jadi Imam Tarawih Di Masjid New Zealand
BACA: 3 “Cerita Rakyat” Malaysia Yang Disangka Milik Indonesia
Sumber: TikTok @havocadoo