Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Imam Sudais Malaysia
Kredit: TikTok @msymrfnd
Tiada Kategori

Bacaan Merdu, “Imam Sudais” Malaysia Pimpin Solat Tarawih Curi Tumpuan

Hannah

Bacaan Merdu, “Imam Sudais” Malaysia Pimpin Solat Tarawih Curi Tumpuan

Bulan Ramadan sentiasa dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia.

Kehadirannya membawa seribu satu keberkatan dan peluang untuk menggandakan amal ibadah.

Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, Ramadan juga menjadi bulan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Di Malaysia, kemeriahan Ramadan bukan hanya terasa di meja makan ketika bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga, tetapi juga dalam suasana ibadah yang semakin rancak.

Dari solat sunat tarawih hingga aktiviti moreh selepasnya, Ramadan sememangnya membawa satu pengalaman yang unik dan penuh makna.

Di Malaysia, tapi terasa seperti di Makkah?

Baru-baru ini, satu perkongsian video di TikTok oleh pengguna @msymrfnd telah mencuri perhatian ramai.

Video tersebut memaparkan suasana solat tarawih di sebuah masjid yang digambarkan mempunyai aura seakan-akan Masjidil Haram di Makkah.

Rupa-rupanya, lokasi yang diperkatakan itu dipercayai adalah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, atau lebih dikenali sebagai Masjid Biru Shah Alam.

“Masjid kegemaran saya untuk Tarawih setiap Ramadan. Terasa seperti suasana di Makkah di sini,” tulis ringkas @msymrfnd.

Rupa-rupanya, solat tarawih pada malam tersebut dipimpin oleh Ustaz Shukri Ali, nama yang tidak asing lagi bagi ramai.

Siapa yang tidak tahu, beliau dikenali kerana kelunakan dan kemerduan bacaan Al-Qurannya yang begitu menyentuh hati.

Malah, ramai yang menyamakan bacaannya dengan Ketua Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman As Sudais.

Tidak hairanlah, beliau mendapat jolokan sebagai “Imam Sudais Malaysia”.

Dalam pada itu, perkongsian video tersebut lantas dibanjiri komen dari netizen yang kagum dengan keindahan bacaan Ustaz Shukri Ali.

“Ustaz Shukri antara Imam yang bacaannya paling hampir dengan Sheikh Sudais, Ketua Imam Masjidil Haram,”

“Sedapnya, masya-Allah. Ada vibe bacaan Sheikh Sudais,”

“Masya-Allah, sedapnya suara. Membayangkan solat depan Kaabah. Iras suara Imam Sudais,”

BACA: Pelajar USIM Terpilih Jadi Imam Tarawih Di Masjid New Zealand

BACA: 7 Tip Sahur Yang Berkhasiat & Mengenyangkan

BACA: Tempat Solat Yang Terbaik Bagi Seorang Wanita – Mufti WP

Sumber: TikTok @msymrfnd