Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Bekas Pemain Arsenal 'Disaman'
Kredit: AFP

Bekas Pemain Arsenal Disaman Ibu Bapa Kandung

Hannah

Bekas Pemain Arsenal Disaman Ibu Bapa Kandung

Bekas penyerang Arsenal, Lucas Perez, berkongsi kisah hidupnya yang penuh dugaan selepas ditinggalkan oleh ibu bapanya ketika berusia dua tahun.

Kini, pada usia 36 tahun, dia kembali berdepan dengan tekanan emosi apabila kedua ibu bapanya yang pernah mengabaikannya menuntut wang nafkah daripadanya.

Perez, yang baru sahaja menyertai kelab Belanda, PSV Eindhoven, pada 23 Februari lalu secara perpindahan percuma, mendedahkan bahawa kehidupannya dipenuhi pelbagai cabaran, termasuk perceraian dan pertikaian hak penjagaan anak.

Ditinggalkan semasa berusia 2 tahun, ibu bapa ‘kembali’ hanya untuk tuntut nafkah

Dalam satu temu bual bersama Cope, Perez mendedahkan bahawa bapanya telah mengemukakan tuntutan supaya dia membayar nafkah seumur hidup kepadanya.

“Ketika saya berusia dua tahun, ibu bapa saya meninggalkan saya di rumah anak yatim kerana mereka tidak mampu atau tidak mahu menjaga saya,” katanya.

Mujurlah, datuk dan neneknya mengambil alih tanggungjawab membesarkannya.

“Saya bertuah kerana mempunyai datuk dan nenek yang menjaga saya, tetapi mereka tidak hidup lama,” tambahnya.

Nasib tidak menyebelahi Perez apabila datuknya meninggal dunia ketika dia berumur 14 tahun, diikuti neneknya dua tahun kemudian.

Dalam pada itu, difahamkan bahawa tuntutan daripada bapanya bukanlah yang pertama.

Sebaik sahaja dia menyertai Arsenal pada 2016, ibunya juga menghantar permintaan rasmi menerusi faks meminta wang daripadanya.

Namun, permintaan itu tidak sah kerana ibunya tidak disenaraikan sebagai penjaga sah dalam rekod rasmi.

Untuk info, Perez baru-baru ini menamatkan kontraknya bersama kelab Sepanyol, Deportivo La Coruna, dengan menggunakan wangnya sendiri atas sebab peribadi.

Dia mengakui keputusan itu dibuat kerana tekanan daripada bapanya.

“Saya bertemu dengannya beberapa kali pada Krismas lalu, dan ia bukan pengalaman yang menyenangkan,” katanya.

Musim ini, Perez bermain selama 1,630 minit dalam saingan La Liga 2 bersama Deportivo, menjaringkan empat gol dan mencipta empat bantuan gol.

Sepanjang kariernya, dia pernah beraksi di Sepanyol, Ukraine, Greece, England dan kini di Belanda bersama PSV.

Kemuncak kariernya berlaku pada musim 2015-2016, apabila dia menjaringkan 17 gol dalam 36 perlawanan La Liga sebelum menyertai Arsenal.

Masih bergelut pertikaian hak penjagaan anak selepas bercerai

Selain tekanan daripada bapanya, Perez juga sedang berdepan pertikaian hak penjagaan anak selepas bercerai dua tahun lalu.

Bekas isterinya kini menetap di Madrid bersama anak mereka, manakala Perez memilih untuk kekal di Galicia, Sepanyol.

Bersama PSV, Perez berharap dapat memberi tumpuan kepada kariernya tanpa gangguan emosi yang berterusan daripada kisah silamnya.

Namun, dengan tuntutan nafkah yang masih menghantuinya, perjalanan hidupnya jelas masih penuh ranjau.

BACA: ‘Siuuu’ Faisal Halim Kembali Bergema, Ledak Hatrik Bantu Selangor Benam KDN

BACA: Sonny Bill Williams Kongsi Momen Iftar Di Johor

BACA: FIFA Umum Hadiah Terbesar Dalam Sejarah Piala Dunia Kelab

Sumber: VN Express, Mirror