Siakap Keli
Sonny Bill Williams Johor
Gambar: Sonny Bill Williams via X

Sonny Bill Williams Kongsi Momen Iftar Di Johor

Sonny Bill Williams Kongsi Momen Iftar Di Johor

Berita mengenai kehadiran legenda ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams di Malaysia sempena bulan Ramadan terus mencuri perhatian ramai.

Baru-baru ini, perkongsian beliau mengenai sambutan awal Ramadan di negara ini menjadi tular.

Kini, namanya kembali menjadi sorotan apabila beliau berkongsi momen berbuka puasa di Johor.

https://x.com/SonnyBWilliams/status/1897298639229477005?t=aCQ5bVetlP1esqdJr6g4uw&s=07

Williams, yang dikenali sebagai ikon ragbi All Blacks, bukan sahaja dikenali kerana kemahirannya di padang tetapi juga kerana perjalanan hidupnya yang penuh ‘unik’.

Mana tidaknya, beliau seorang atlet serba boleh yang berjaya dalam pelbagai sukan, termasuk tinju profesional.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai ialah keputusannya memeluk agama Islam pada 2009.

Langkah ini bukan sahaja mengejutkan para peminat ragbi, tetapi juga mencipta satu kisah inspirasi mengenai penerimaan agama dan budaya yang berbeza.

Menurut Williams, pengislamannya telah membawa ketenangan jiwa serta perspektif baharu dalam kehidupan.

Sebagai seorang Muslim, beliau kekal teguh mengamalkan ajaran Islam dan tidak ragu-ragu berkongsi pengalaman serta kisah tersebut dengan masyarakat.

Malah, beliau sering terlibat dalam pelbagai aktiviti kemanusiaan, menggunakan platformnya untuk memberi inspirasi kepada golongan muda, terutamanya dalam kalangan komuniti Muslim.

Lebih istimewa, tahun ini Williams memilih untuk menyambut Ramadan di Malaysia.

BACA: Pemuda Cuba Buat Resipi KA Tapi Lain Pula Jadinya

BACA: Telur Ayam Pun Ada “Status Sosial” Di Switzerland

BACA: 5 Jenis Aplikasi Telefon Pintar Yang Paling Banyak Guna Bateri

Sumber: Sonny Boy Williams, Stadium Astro

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.