Siakap Keli
Amanah Raya Rai Kemeriahan Ramadan Bersama Anak-Anak Rumah Kasih Nurul Hasanah
Gambar Hiasan

Amanah Raya Rai Kemeriahan Ramadan Bersama Anak-Anak Rumah Kasih Nurul Hasanah

Amanah Raya Rai Kemeriahan Ramadan Bersama Anak-Anak Rumah Kasih Nurul Hasanah

Kuala Lumpur, 10 Mac 2025 – Amanah Raya menerusi Yayasan Amanah Raya hari ini, telah meraikan kemeriahan Ramadan dalam satu Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Intermark Mall bersama anak-anak Rumah Kasih Nurul Hasanah.

Majlis yang diadakan bersekali dengan Pelancaran Kempen ‘Rymba Raya by Intermark Mall’ ini telah dijayakan dengan kolaborasi bersama Pengurusan Intermark Mall.

Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Berhad, Ahmad Feizal Sulaiman Khan dalam ucapannya berkata ‘bahawa bulan Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk memberi dan berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang bernasib baik’.

Tambah beliau lagi, ‘Kami percaya bahawa setiap bantuan dan perhatian yang dihulur mampu memberikan kegembiraan dan harapan baharu kepada mereka yang memerlukan. Sebagai agensi milik penuh Kerajaan yang berperanan sebagai Pemegang Amanah rakyat Malaysia, Amanah Raya turut memainkan peranan aktif dalam pembangunan sosial masyarakat menerusi aktiviti CSR.’

Pada majlis berkenaan AmanahRaya telah menyampaikan sumbangan kewangan berupa duit raya kepada anak-anak Rumah Kasih Nurul Hasanah bagi membantu mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba. Beberapa rakan niaga yang beroperasi dalam Intermark Mall turut menyumbang barangan seperti alat tulis dan lain-lain.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.