Resipi Warisan Paling Sedap, Ini Cara Mudah Buat Biskut Suji
Setiap kali tibanya bulan Syawal, pastinya umat Islam di Malaysia akan menyediakan pelbagai juadah raya yang menjadi pilihan seisi keluarga.
Selain makanan tradisi seperti rendang, ketupat dan lemang, biskut raya juga wajib disediakan untuk menyerikan lagi juadah pada hari lebaran.
Antara kuih raya yang sering menjadi pilihan ramai semestinya biskut suji kerana ia mudah disediakan dan hanya menggunakan bahan yang sangat minimum.
Hasilnya pula tak mengecewakan, selepas dibakar, ia akan mengeluarkan bau yang wangi, tekstur rangup dan rapuh, cair di mulut, serta rasa yang lemak manis.
Justeru, kali ini SK nak kongsikan resipi biskut suji yang sedap dan mudah. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @chesayang_kitchen.
Bahan-bahan utama (untuk 40 biji saiz sederhana)
- Dua tin kecil minyak sapi
- 1/2 cawan gula pasir
- Dua cawan setengah tepung gandum
- 1/4 cawan tepung jagung
- Gula kastor untuk salutan pada biskut
Cara-cara untuk buat biskut suji
Mula-mula, masukkan dua tin kecil minyak sapi, tepung gandum dan tepung jagung ke dalam mangkuk besar. Kemudian anda perlu masukkan sedikit esen vanila.
Untuk langkah yang seterusnya, masukkan gula halus setengah cawan (sekiranya anda tiada gula halus, anda boleh kisar sendiri menggunakan gula pasir) dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.
Jangan lupa masukkan sedikit garam dan uli bahan-bahan tadi sehingga menjadi doh yang lembut.
Bahagikan doh kepada tiga bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan pewarna makanan yang berbeza (kuning, hijau, merah jambu).
Seterusnya, ambil sedikit daripada ketiga-tiga doh, bulatkan (jangan terlalu besar) dan susun di atas dulang pembakar.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160 celcius selama 25 minit atau sehingga masak. Untuk anda yang menggunakan air fryer pula, tetapkan suhu pada 160 celcius dan bakar selama sembilan minit.
Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan golekkan biskut dalam gula kastor hingga bersalut sepenuhnya.
BACA: Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya Pada 29 & 30 Mac, 5 & 6 April
@chesayang_kitchen Episod 606 | Kuih Suji | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Grab Gula Super dari Gula Prai sekarang! Lebih manis & lebih jernih Bahan-bahan (untuk 40 biji size sederhana) – 2 tin kecil minyak sapi – 1/2 cawan MSM Gula Super Prai – 2 cawan setengah tepung gandum – 1/4 cawan tepung jagung – Gula Super untuk coating luar Cara baking – Oven = baked 160 celcius, 25 minutes (preheat oven dulu) – Airfryer = 160 celcius, 9 minit @MSM Gula Prai #resepichesayang #chesayangkitchen #msmgulaprai #chesayangramadhan
Sumber: @chesayang_kitchen