Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Periksa "Brake Pad" Sendiri
Kredit: @altimatautogarage
Jangan Biar Sampai Haus, Mekanik Ini Tunjuk Cara Mudah Periksa "Brake Pad" Sendiri

Athirah

Jangan Biar Sampai Haus, Mekanik Ini Tunjuk Cara Mudah Periksa "Brake Pad" Sendiri

Umumnya, kereta merupakan kenderaan yang sering digunakan oleh orang ramai untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi khususnya jarak jauh.

Oleh itu, alatan dalaman enjin atau tayar perlu sentiasa diperiksa bagi memastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.

Namun, bagi sesetengah orang ia bukanlah masalah besar. Perkara ini sebenarnya boleh memberi impak kepada kereta anda dalam jangka masa panjang.

Antara bahagian kereta yang dipandang remeh oleh orang ramai termasuklah pad brek.

Kebiasaannya, orang ramai tidak mengetahui cara untuk memeriksa bilakah jangka hayat pad brek patut ditukar. Bahkan ada yang menggunakan pad brek sehingga haus atau bergeser.

Sebenarnya orang ramai tidak perlu pergi ke kedai kereta berhampiran untuk memeriksa keadaan pad brek kenderaan. Anda sendiri boleh memeriksa pad brek di rumah sahaja.

Ini tip mudah untuk periksa pad brek kereta

Untuk makluman pembaca, tip berkenaan diambil daripada perkongsian mekanik menerusi TikTok @altimatautogarage.

Anda boleh memeriksa pad brek kereta dengan hanya melihat tangki minyak brek.

Hal ini kerana tangki minyak brek mempunyai sukatan maksimum dan minimum.

"Minyak brek berada pada tahap maksimum menandakan pad brek masih tebal dan sistem brek dalam keadaan selamat," ujar mekanik itu.

Jika sukatan minyak brek berada pada bawah sukatan atau pada tahap minimum, ia menunjukkan anda perlu menukarkan pad brek dengan kadar segera.

"Minyak brek pada tahap minimum menandakan pad brek sudah nipis atau haus, memerlukan perhatian segera," katanya lagi.

Apabila keadaan ini berlaku, segera bawa kereta ke bengkel terdekat untuk menukar pad brek baru bagi memastikan keselamatan pemanduan.

Video tersebut memberi manfaat kepada para penonton

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

Anda juga boleh menonton video daripada @altimatautogarage di bawah untuk memahami lebih lanjut cara yang dimaksudkan. Semoga bermanfaat.