Siakap Keli
tumpah darah selepas bersalin
Gambar: BERNAMA

21 Unit Darah Selamatkan Nyawa Ibu Tumpah Darah Selepas Bersalin

21 Unit Darah Selamatkan Nyawa Ibu Tumpah Darah Selepas Bersalin

Sebagai penderma darah, anda semua tahu bahawa setiap titisan darah yang didermakan mampu menyelamatkan nyawa.

Namun, pernahkah anda terfikir bagaimana rasanya berada di tempat penerima?

Bagi mereka yang menerima, anda bukan sekadar seorang “penderma”, tetapi sinar harapan di saat paling genting dalam hidup mereka.

Alami tumpah darah teruk, ibu bersalin hilang 12 liter darah

Baru-baru ini, Pusat Darah Negara (PDN), Kementerian Kesihatan Malaysia, berkongsi satu kisah yang menyentuh hati menerusi Facebook.

PDN berkongsi berhadapan dengan minggu yang sangat mencabar dengan permintaan darah yang meningkat.

Ini terutamanya bagi kes pembedahan, kecemasan, pendarahan usus, pendarahan akibat kanser organ, anemia teruk dan keguguran.

Selain itu, pesakit yang memerlukan darah secara berkala seperti pesakit talasemia dan kanser juga bergantung pada bekalan darah yang mencukupi.

Namun, antara kisah yang paling meruntun jiwa ialah kejadian yang menimpa seorang wanita berusia 37 tahun yang mengalami tumpah darah teruk (massive postpartum haemorrhage, PPH) selepas bersalin.

21 unit sel darah merah diberikan untuk selamatkan nyawanya

Menurut PDN, keadaan ibu tersebut sangat kritikal dengan kehilangan darah dianggarkan sebanyak 12 liter, sehingga pembedahan kecemasan terpaksa dilakukan segera.

“Banyak beg darah yang didermakan oleh orang ramai telah digunakan untuk menyelamatkan pesakit ini.

“Secara keseluruhan, 21 unit sel darah merah, 10 unit cryoprecipitate, 12 unit platelet dan 16 unit plasma telah diberikan,” jelas PDN.

Tambah PDN, ketika pesakit mengalami tumpah darah, pelbagai tenaga kerja perubatan terlibat dalam usaha menyelamatkan nyawanya.

Ini termasuklah doktor dan jururawat perbidanan, doktor dan jururawat bius, pembantu perawatan kesihatan dan scrub nurse, serta kemungkinan juga doktor bedah.

Di sebalik tabir, unit sokongan seperti doktor bank darah, Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) on-call dan petugas penghantaran darah (PPP/SN/PPK).

Namun, menurut PDN, hero sebenar adalah penderma-penderma darah.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1049127440588663&set=a.224045903096825&type=3&rdid=LJ8q2UpGvCLk57BA&share_url=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fshare%2F167stC1gvu#

Sebagai penderma, anda mungkin tidak akan pernah tahu siapa yang menerima darah anda.

Anda mungkin tidak akan bertemu mereka atau mendengar ucapan terima kasih secara langsung.

Namun, percayalah, di hati mereka, anda adalah insan yang telah memberi peluang kedua untuk terus hidup dan mengukir senyum.

BACA: Empat Tahun Menanti, Bapa Sebak Beri Ciuman Terakhir Di Wajah Anak

BACA: “Busker Tradisional” Gamit Nostalgia Zaman Dulu-Dulu

BACA: Tulisan Yang Tertulis Di Kain Kiswah Pintu Kaabah

Sumber: Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia via Facebook

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.