“Busker Tradisional” Gamit Nostalgia Zaman Dulu-Dulu
Pemuzik jalanan atau busker sering menjadi penyeri suasana di kawasan tumpuan ramai dengan alunan muzik yang menghiburkan.
Namun, kebanyakan busker hari ini lebih cenderung memainkan lagu-lagu pop moden, menjadikan irama klasik Melayu semakin jarang kedengaran.
Namun, baru-baru ini, tular satu video menerusi TikTok @ayulodeng, yang membuktikan bahawa warisan muzik Melayu masih lagi ‘bernyawa’.
Alunan zapin di tengah kota
Bukit Bintang dilihat kembali meriah dengan alunan muzik tradisional apabila seorang lelaki secara spontan menyertai sekumpulan busker menyanyikan lagu klasik “Zapin Bunga Hutan”.
Dengan gaya yang ramah dan bersahaja, lelaki itu terus menyelit dalam persembahan mereka, namun yang menariknya, kumpulan busker itu langsung tidak kekok.
Sebaliknya, mereka menyambut lelaki itu dengan terbuka dan terus berhibur bersama, menjadikan suasana semakin gamat dan penuh semangat.
@ayulodeng tolong guys sape kenal band ni, tolong penuhkan ruangan komenπ₯Ήbantu saya guyss!!!#fyp #traditional #bungahutan @karmadae(ΰΉ>β‘<ΰΉ) terima kasih camgurlllπΈ
β¬ original sound – π¬πππππ – π¬πππππ
Ternyata, alunan irama Melayu yang bergema di tengah kota metropolitan membawa satu kelainan yang menyentuh hati ramai.
Rata-rata netizen di ruangan komen meluahkan rasa terharu dan rindu terhadap suasana yang semakin jarang ditemui ini.
“Seronoknya suasana macam ni, terus rasa rindu masa dulu-dulu,”
“Abang berhenti dekat video adik ni, terus balik ke zaman dulu kala,”
“Nostalgia betul, ingat arwah mama bapa suka sangat lagu-lagu dulu,”
“Aku rasa, macam ni la keadaan orang dulu-dulu kat pasar minggu. Macam dalam movie,”
Tidak hanya itu, ramai juga yang memberi sokongan kepada anak muda untuk terus memperjuangkan muzik tradisional.
“Kagum anak muda boleh nyanyi gurindam sebelum kelahirannya,”
“Teruskan anak muda perkenal tradisi melayu ke dunia luar. Jangan malu-malu,”
“Tolong banyakkan lagu-lagu macam ni, kembalikan keaslian orang Melayu yang makin dilupakan,”
“Teruskan usaha naikkan balik lagu-lagu melayu agar tidak hilang dimakan zaman,”
“Harap kekal lama busking macam ni, Susah nak jumpa tengah-tengah bandar besar,”
BACA: Gelagat Boboi “Minta Sedekah” Bikin Netizen Terhibur
BACA: Netizen ‘Terkejut’ Lihat Keputusan Alergi Pesakit Ini
BACA:Tulisan Yang Tertulis Di Kain Kiswah Pintu Kaabah
Sumber: Amirul via TikTok