Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Kucing "Minta Sedekah"
Kredit: TikTok @dutchlady._
Tiada Kategori

Gelagat Boboi “Minta Sedekah” Bikin Netizen Terhibur

Siti Nur Ain Natasya

Gelagat Boboi “Minta Sedekah” Bikin Netizen Terhibur

Tingkah laku unik dan sukar dijangka seekor kucing menjadikannya haiwan peliharaan kegemaran di serata dunia.

Daripada aksi dramatik mereka terhadap perkara remeh sehinggalah ‘akal’ uniknya, kucing mempunyai cara tersendiri untuk menghiburkan manusia.

Jika ia tidak melompat dari satu perabot ke perabot yang lain untuk menunjukkan aksi “parkour”, mungkin anak bulus ini sedang membuat onar yang lain secara senyap-senyap.

Di Malaysia, kucing sering dipanggil dengan nama panggilan “majikan” menunjukkan bagaimana mereka adalah “tuan rumah” yang sebenarnya.

“Mintak JKM ambil tindakan. Takut sindiket sebab nampak sihat je tu”

Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial TikTok apabila pengguna @zulkha._ memuat naik perkongsian tentang seekor kucing yang dipanggil Boboi.

Video itu memaparkan Boboi di bazaar Ramadan yang duduk dengan tenang di atas bonggol tengah jalan seolah-olah sedang “meminta sedekah”.

Dengan ekspresi muka yang polos dan bersahaja, Boboi duduk bersebelahan dengan sebuah bekas yang hampir sama saiz dengan badannya.

Lebih mencuit hati lagi, para pengunjung bazaar benar-benar mula memasukkan wang ke dalam bekas itu.

Menurut “bibik” Boboi, hanya dalam masa setengah jam, hasil kutipan derma yang diterima berjumlah sebanyak RM20.

Katanya juga, kesemua duit itu digunakan untuk membeli makanan untuk Boboi. Malah, bibik perlu lagi tambah duit sendiri untuk memenuhi selera Boboi.

Mungkin Boboi sudah menemui bakat semula jadinya sebagai seekor “usahawan jalanan” yang berjaya tanpa perlu melakukan apa-apa.

“Derma demi mendapat keber-cat-an Ramadan”

Perkongsian ini berjaya ‘mengumpul’ pelbagai komen daripada warga maya yang semuanya terhibur dengan telatah Boboi.

“Sempurna tu kan ada kaki dengan tangan lengkap. Pergi lah cari kerja,”

“Kaki tangan lengkap tapi malas kerja, suruh dia kerja kedai runcit ja,”

“Yang menderma tu semoga rezeki sentiasa mengalir. Mereka tahu ja orang main-main letak bekas tapi mereka pun sedekah. Kelakar tapi baik sangat hati mereka,”

“Bukti orang Malaysia ni pemurah dan senang terhibur. Macam itu ja bagi derma,”

“Kalau balut kaki dia dengan bandage mungkin dapat tingkatkan pendapatan lagi. Nanti cuba ya,”

“Aku ada 17 ekor kucing, esok nak hantar sekor satu bazar.”

BACA: Netizen ‘Terkejut’ Lihat Keputusan Alergi Pesakit Ini

BACA: Dakwa Kerap Korek Hidung, Lelaki Terpaksa Jalani Pembedahan Kecemasan

BACA: Korang Cuma Perlu 3 Bahan Untuk Buat “Mayonis Homemade”

Sumber: @zulkha._ via TikTok