Siakap Keli
Bapa Sebak Beri Ciuman
Kredit: Mr Wan Cai Official via Facebook

Empat Tahun Menanti, Bapa Sebak Beri Ciuman Terakhir Di Wajah Anak

Empat Tahun Menanti, Bapa Sebak Beri Ciuman Terakhir Di Wajah Anak

Setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin menimang cahaya mata sendiri. Kehadiran dan kelahiran bayi pastinya akan mengubah kehidupan anda dan pasangan kelak.

Bukan semua pasangan dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata dalam tempoh yang singkat setelah berumah tangga.

Melalui pelbagai rawatan dan doa tanpa henti, akhirnya impian untuk menimang cahaya mata hampir menjadi kenyataan selepas bertahun-tahun menunggu.

Namun, takdir Allah mengatasi segala perancangan manusia. Kesedihan yang tidak tergambarkan melanda apabila bayi yang dikandung dengan penuh kasih sayang disahkan meninggal dunia sebelum sempat melihat dunia.

Kehilangan ini bukan sekadar kehilangan seorang anak, namun juga harapan, impian dan kebahagiaan yang telah lama dinantikan oleh kedua-dua pasangan.

Empat tahun menunggu cahaya mata pertama

Begitulah kisah pilu seorang bapa yang hanya mampu memberikan ciuman terakhir kepada jenazah anaknya yang berusia lima bulan akibat keguguran.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Mr Wan Cai Official di Facebook, lelaki ini dengan penuh kasih meletakkan ciuman terakhir di dahi anaknya ketika menatap wajah si kecil yang tidak sempat membuka mata melihat dunia.

Ia merupakan satu perpisahan yang menyayat hati, malah tiada kata yang mampu menggambarkan kesedihan seorang ayah yang kehilangan anak yang begitu dinantikan.

Difahamkan, anak syurga itu merupakan cahaya mata pertama kepada pasangan berkenaan setelah empat tahun menanti kehadirannya.

Sewaktu jenazah anaknya dikafankan, si bapa hanya mampu melihat dengan pandangan kosong, seolah-olah tenggelam dalam kesedihan yang mendalam.

Ramai yang berasa sebak dengan video yang dikongsikan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan agar pasangan ini tabah dan diberikan kekuatan untuk menjalani ujian ini.

Dalam masa sama, ada ibu bapa turut berkongsi kisah yang sama apabila terpaksa menerima hakikat pahit apabila bayi yang dinanti-nantikan pergi untuk selama-lamanya.

BACA: Masyarakat Bukan Islam Di Kelantan Seronok Berbuka Puasa Di Masjid

@mrwancaiofficial77

Senyuman Menutup Duka💔 #MariahBintiMuhamadRodhi #BidadariSyurgaTerindah #Keguguran5BulanDalamKandungan #4TahunMenungguCahayaMata

♬ Cinta Melly Ft Krisdayanti Cover by Fadhilah Intan – KAMISUKAMUSIK

BACA: Transaksi ‘Beli Dulu, Bayar Kemudian’ Naik Ketara Kepada RM7.1 Bilion – Amir Hamzah

BACA: Didakwa Marah Dikeluarkan Dari “Group”, Lelaki Tembak “Admin” WhatsApp

Sumber: Mr Wan Cai Official via Facebook

 

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.