Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
berbuka puasa di masjid 
Kredit: @miszzhanafirmien via TikTok
Tiada Kategori

Masyarakat Bukan Islam Di Kelantan Seronok Berbuka Puasa Di Masjid 

Athirah

Masyarakat Bukan Islam Di Kelantan Seronok Berbuka Puasa Di Masjid

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana penduduknya terdiri daripada pelbagai etnik, bangsa, kaum, dan agama yang berbeza.

Kepelbagaian ini bukan sahaja mencerminkan identiti negara, malah ia turut menjadi salah satu kelebihannya yang tersendiri.

Sebagai contoh pada bulan Ramadan ini, umat Islam dilihat sedang menunaikan ibadah puasa.

Bukan sahaja umat Islam yang menyambut Ramadan dengan penuh keimanan, tetapi ramai juga individu daripada pelbagai latar belakang dan agama turut mengambil peluang untuk mencuba berpuasa.

Ada yang melakukannya untuk merasai sendiri cabaran menahan lapar dan dahaga, serta menghayati hikmah di sebalik amalan ini.

Masyarakat berbilang kaum teruja untuk berbuka puasa bersama-sama

Dalam majlis berbuka puasa, bukan sahaja umat Islam dapat berkongsi keberkatan bulan suci ini, tetapi juga masyarakat bukan Islam turut serta dalam semangat kebersamaan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @miszzhanafirmien di TikTok, kelihatan orang ramai termasuk individu bukan Islam sedang berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama di Masjid Jamek Muhammadi, Kelantan.

Lebih mengharukan apabila mereka tidak terus makan tetapi menunggu azan Maghrib seperti yang lain bagi menghormati bulan barakah ini.

Selain itu, beberapa orang wanita berbangsa Cina kelihatan menikmati sebiji kurma sebelum menjamah hidangan yang disediakan oleh pihak masjid.

Video berdurasi 55 saat itu memaparkan kegembiraan masyarakat di sana yang teruja dapat berkumpul untuk menjamu selera. Malah, mereka juga tidak melepaskan peluang untuk mengeratkan silaturahim.

Turut dapat dilihat beberapa orang berbangsa India dan Cina kelihatan gembira apabila disapa oleh wanita ini. Ia sekaligus memupuk perpaduan yang harmoni di kalangan rakyat Malaysia.

“Ini baru betul perpaduan… bersatu hati dan hormat menghormati”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa sebak apabila melihat rakyat Malaysia yang begitu harmoni kerana berbuka puasa bersama tidak kira bangsa.

Dalam masa yang sama, ramai juga menasihati masyarakat agar tidak sesekali melakukan provokasi yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat.

BACA: Raja Charles III Layan Lagu Siti Nurhaliza

BACA: “Kopi Penumbuk” Dikesan Kandungi Tadalafil – Agensi Makanan Singapura

Sumber: @miszzhanafirmien via TikTok