Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nahas Helikopter Sarawak: Jenazah Dr Ainul Baraah Akan Dikebumikan Di Kelantan - Bapa

AINUL
Gambar: Jabatan Bomba Dan Penyelamat SAR

KOTA BHARU, 9 Sept (Bernama) -- Jenazah Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper di sini sebaik selesai urusan forensik.

Kamarudin Salleh, 69, berkata jenazah anak perempuannya itu akan disembahyangkan di Masjid Al Karamah, Mukim Baung Besar, Pengkalan Chepa di sini.

“Saya telah menghubungi pihak masjid berkenaan untuk membuat persediaan dan persiapan awal untuk pengebumian,” katanya kepada Bernama malam ini.

Mengulas mengenai waktu jenazah pegawai perubatan itu akan diterbangkan dari Miri ke Kota Bharu, beliau berkata perkara berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching.

Menurut kenyataan itu, helikopter berkenaan sedang menjalankan operasi perkhidmatan doktor udara (FDS) ketika kejadian.

Dalam pada itu, Residen Bahagian Miri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Galong Luang mengesahkan kesemua lima individu di dalam helikopter itu meninggal dunia dalam kejadian pada kira-kira 3.40 petang.

Selain Dr Ainul Baraah, mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, iaitu Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

-- BERNAMA

Intipati
  • Jenazah Dr Ainul Baraah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper.
  • Bapanya berkata jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al Karamah, Pengkalan Chepa.
  • Lima individu meninggal dunia selepas helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Ulu Baram.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan