Siakap Keli
ETS Segamat
Gambar: BERNAMA

Perkhidmatan ETS Dilanjutkan Ke Stesen Segamat

Perkhidmatan ETS Dilanjutkan Ke Stesen Segamat

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan bahawa mulai 15 Mac 2025, empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) akan dilanjutkan ke Stesen Segamat, Johor.

Perkhidmatan tren ETS yang akan dilanjutkan merupakan laluan sedia ada iaitu sektor Butterworth – Gemas – Butterworth dan Padang Besar – Gemas – Padang Besar.

Stesen Segamat adalah antara 11 stesen di dalam Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru (PLBEGJB) dan projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini.

Manakala, perkhidmatan ETS akan beroperasi secara berperingkat mengikut kemajuan projek yang sedang dijalankan.

“Tiket-tiket boleh didapati melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS), mesin kios atau di laman sesawang rasmi KTMB bermula 12 Mac 2025 (Rabu) jam 10.00 pagi,” maklum KTMB dalam satu kenyataan hari ini.

Berikut adalah jadual waktu mulai 15 Mac 2025.

Sumber: KTM Berhad

Kadar tambang

“Kadar tambang bagi laluan Butterworth – Segamat bermula dari RM84 sehala manakala laluan Padang Besar – Segamat bermula dari RM101 sehala.

“Selain itu, penumpang juga boleh membuat perjalanan dari KL Sentral – Segamat dengan kadar tambang bermula dari RM34 sehala.

“Harga tiket untuk hentian masing-masing boleh disemak di aplikasi KITS,” tambah KTMB.

Antara stesen hentian adalah seperti berikut:

Sumber: KTM Berhad

“Ini adalah berita gembira bagi penumpang ETS, khususnya penduduk Segamat, yang kini boleh menikmati perjalanan menaiki ETS ke Kuala Lumpur, hingga ke Padang Besar, Perlis.

“Dengan kemudahan yang moden dan berdaya tarikan tinggi, perkhidmatan ini akan membawa manfaat besar kepada masyarakat setempat serta meningkatkan kesalinghubungan dan ekonomi tempatan.

“Dengan kemudahan yang moden dan berdaya tarikan tinggi, perkhidmatan ini akan membawa manfaat besar kepada masyarakat setempat serta meningkatkan kesalinghubungan antara negeri.

“Menjelang Hari Raya Aidilfitri, pelanjutan perkhidmatan ETS ke Segamat memberi pilihan pengangkutan yang lebih selesa kepada rakyat untuk pulang ke kampung halaman.

“Memandangkan jumlah tiket yang ditawarkan agak terhad, KTMB menggesa orang awam supaya membuat tempahan tiket secepat mungkin,” ujar Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook.

Tawarkan pelbagai kemudahan moden

Stesen Segamat yang baharu telah mula beroperasi pada 15 Mei 2024 dan kini menawarkan pelbagai kemudahan moden untuk keselesaan pengguna.

Antaranya termasuklah lif, eskalator, tandas, kamera litar tertutup (CCTV) untuk keselamatan, surau, serta ruang parkir kenderaan yang boleh menempatkan 97 buah kereta dan 49 motosikal.

Selain itu, stesen ini juga mesra Orang Kurang Upaya (OKU), dengan kemudahan khas seperti tandas dan parkir bagi memastikan keselesaan dan kemudahan kepada semua pengguna.

Untuk info, tiket-tiket boleh didapati melalui aplikasi KITS, laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my, atau di mesin kios KTMB bagi kemudahan dan keselesaan pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang rasmi www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-97791200.

https://x.com/ktm_berhad/status/1899671770006966372?t=fr7xxmnnEw782iCAo44fUg&s=07

BACA: “Disambut Kabus,” Lelaki Kongsi Suasana Pagi Hantar Anak Sekolah Di Cameron Highlands

BACA: Nak Beli Barang Keperluan Pun Berkira-kira Tapi Masih Nak Sedekah, Ini Cara Boleh Buat

BACA: “Kena Pandai..,” Lelaki Kongsi Tiga Benda Pemandu E-Hailing Kena Peka Untuk Dapat “Income” Lebih

Sumber: KTM Berhad

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.