Siakap Keli
gerhana bulan hari ini
Kredit: Agensi Angkasa Malaysia (MySA)

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Bakal Berlaku Hari Ini

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Bakal Berlaku Hari Ini

Agensi Angkasa Malaysia (MySA) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa satu fenomena gerhana bulan penuh bakal berlangsung bermula sekitar jam 11.57 pagi ini. Bermula dengan fasa gerhana penumbra, fasa gerhana separa akan menyusul sekitar jam 1.09 tengah hari.

“Fasa gerhana bulan penuh akan bermula pada pukul 2.26 petang waktu tempatan. Kemuncak Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada pukul 2.58 waktu tempatan,” katanya.

Menurut MySA, gerhana bulan ini akan berakhir sekitar jam 6 petang hari ini.

“Keseluruhan gerhana kali ini mengambil masa selama 6 jam 3 minit dan fasa Gerhana Bulan Penuh akan berlaku dalam tempoh selama 65 minit,” katanya.

Walaupun fenomena ini berlaku di seluruh dunia, namun ia tidak dapat disaksikan di Malaysia.

“Ini kerana Bulan berada di bawah ufuk ketika fenomena tersebut berlaku,” jelas agensi tersebut.

Sebagai makluman, fenomena hari ini juga dipanggil “Blood Moon” disebabkan bulan yang kelihatan berwarna merah semasa gerhana berlaku. Fenomena ini juga diketahui berlaku beberapa hari sebelum bulan berada di kedudukan paling jauh dengan bumi (apogee).

Menurut NASA, sebahagian kecil cahaya matahari yang melepasi bumi akan samar-samar menyinari bulan ketika bulan berada di sebalik bumi. Apabila cahaya matahari memasuki ruang atmosfera bumi, warna dengan gelombang yang lebih pendek seperti biru dan ungu lebih mudah tersebar berbanding warna bergelombang lebih panjang iaitu merah dan jingga.

Disebabkan warna dengan gelombang yang lebih panjang ini dapat menembusi atmosfera bumi dan warna dengan gelombang lebih pendek tersebar, bulan kelihatan seperti berwarna jingga atau kemerahan ketika fenomena gerhana bulan. Bulan akan kelihatan lebih kemerahan apabila lebih banyak habuk atau awan di atmosfera bumi semasa berlakunya gerhana bulan.

https://www.facebook.com/mysaangkasa/posts/pfbid02UNtuWUcB6pD8pbdSgi6EF7wZjP33LJWz7ToPuFJpEGug9Xb2cb8UfN6wmp4vtx8Tl

Susulan itu, orang ramai boleh menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh ini secara dalam talian di laman YouTube ini:

Untuk pengetahuan, orang ramai bakal dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh seterusnya di Malaysia pada 8 September nanti.

BACA: Meta Akan Mulakan Ujian Community Notes Di Facebook, Instagram Dan Threads

Sumber: Agensi Angkasa Malaysia (MySA), National Geographic, NASA

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.