Siakap Keli
abang J&t berbuka keluarga
Kredit: TikTok @dayahdimana2

Keluarga Pelawa Abang J&T Berbuka Bersama Undang Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti yang diketahui, waktu berbuka puasa adalah momen paling dinantikan setiap umat Islam. Suasana berbuka tentunya lebih meriah jika dapat menjamu selera bersama ahli keluarga, pasangan dan sahabat.

Tatkala kebanyakan daripada orang sudah mula ‘terpacak’ di hadapan makanan, menanti azan maghrib bakal berkumandang, namun, tentunya masih ada saudara sesama Islam kita yang tidak berkesempatan untuk berbuka bersama ahli keluarga atau pasangan mereka disebabkan masih berjuang melunaskan pekerjaan.

Itulah kisah seorang kurier J&T yang masih gigih membuat penghantaran barang ke sebuah rumah meskipun sedang berpuasa.

Menerusi hantaran video TikTok @dayahdimana2 memaparkan satu keluarga menerima kunjungan seorang pekerja J&T untuk menghantar barang ke rumahnya pada saat-saat akhir, sebelum waktu berbuka puasa.

Kongsi rezeki berbuka bersama

Gambar: TikTok @dayahdimana2

Dek simpati dengan kegigihan lelaki itu dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai kurier, ahli keluarga berkenaan turut mempelawanya untuk berbuka puasa bersama.

“Ajak abang J&T makan kat rumah. Kesian dia, orang berbuka dia hantar parcel,” tulisnya pada kapsyen video.

Kelihatan lelaki yang berbaju seakan merah itu duduk makan bersama keluarga berkenaan di meja makan.

Perkongsian video berkenaan meruntun jiwa para warganet yang melihat momen berkenaan.

Rata-rata mereka memuji sifat dan tindakan keluarga itu yang mengajak lelaki berkenaan makan bersama. Lebih-lebih lagi mereka duduk makan bersama tak ubah seperti satu keluarga.

Gambar: TikTok @dayahdimana2

Malah ada yang turut berkongsi pengalaman semasa menghantar barang kepada pelanggan.

Berikut antara komen pengguna;

“Terima kasih, semoga Allah balas kebaikan buat kamu sekeluarga,” doa seorang warga.

“Terima kasih orang baik. Semoga setiap langkahmu ke depan diberkati Allah dan dimudahkan semuanya,” kata seorang lagi.

“Semoga murah rezeki sekeluarga,” komen seorang netizen.

“Suami saya pun Ninjavan. Hari ni dapat puding roti dari customer dan teh o ais dari kedai mamak yang dia hantar parcel. Terima kasih orang baik yang sudi santuni,” komen seorang warga.

“Suami saya Shopee Express, kalau balik mesti akan ada makanan customer bagi,” komen seorang lagi.

@dayahdimana2

KESIAN ABANG JnT 🥹#dayahdimana2 #nulldimana2 #muar #ramadan2025

♬ original sound – أمــجــد | Amjad

Sumber: TikTok @dayahdimana2

BACA: Meriah, Suasana Tarawih Di Masjid Taman Semarak Buat Ramai Kagum

BACA: Tunang Meninggal Sebulan Sebelum Majlis Kahwin, Pesanan Terakhir Undang Sebak

BACA: Wanita Kongsi Tip Simpan Bawang & Kentang Tahan Lama

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.