Siakap Keli
Gambar: X / 99.9KTDY

Palang Mansfield, Ramai Tak Tahu Ada Kisah Disebaliknya

Palang Mansfield, Ramai Tak Tahu Ada Kisah Disebaliknya

Setiap kenderaan mempunyai komponen dan ciri-ciri spesifikasi yang direka padanya.

Misalnya, tayar diciptakan untuk menggerakkan kenderaan dari satu tempat ke satu tempat lain dengan mudah.

Setiap daripadanya mempunyai fungsi dan peranan yang berbeza mengikut kelas kenderaan.

Bagi kenderaan berat, rata-ratanya dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan keselamatan. Ini kerana kenderaan berat lebih berisiko tinggi untuk terlibat dalam kemalangan jalan.

Lebih-lebih lagi, kebanyakannya membawa pelbagai muatan berat. Jika anda sering memandu di belakang lori, tentu anda perasan terdapat satu palang besi pada bahagian bawah belakang lori bukan?

Pernah tak terfikir apa fungsi benda alah ini pada kenderaan berat?

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan fungsi palang besi ini di bawah. Semoga bermanfaat.

Palang Mansfield

Gambar: X

Palang Mansfield, atau lebih dikenali sebagai pelindung bawah belakang (rear underrun protection), adalah komponen keselamatan yang dipasang pada bahagian belakang lori. Fungsinya adalah untuk mencegah kenderaan yang lebih kecil daripada terseret di bawah lori dalam kejadian perlanggaran belakang. Ini membantu mengurangkan risiko kecederaan serius atau kematian kepada pemandu dan penumpang kenderaan tersebut.

Kisah Disebalik Palang Mansfield

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kewujudan palang ini berasal dari insiden tragis yang melibatkan pelakon Hollywood, Jayne Mansfield, pada tahun 1967.

Dalam kemalangan tersebut, kenderaan yang dinaikinya melanggar belakang sebuah trak, menyebabkan bahagian atas kenderaan terpotong dan mengakibatkan kematiannya.

Gambar: TikTok @radinfikri

Selepas kejadian tragis itu, peraturan keselamatan telah diperketatkan, dan pelindung bawah belakang diwajibkan pada setiap kenderaan berat untuk mengelakkan kejadian serupa berlaku.

Oleh itu, palang Mansfield ini sangat penting meningkat keselamatan jalan raya terhadap penumpang kenderaan lain yang berada di belakang kenderaan berat.

Sekadar info, di Malaysia, pemasangan pelindung bawah belakang pada lori tertakluk kepada spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk memastikan keberkesanannya dalam melindungi pengguna jalan raya

Sumber: TikTok @radinfikri, 600 Espn 

BACA: Ramai Ingat Fungsi “Headrest” Tempat Rehat Kepala, Rupanya Bukan

BACA: 11 Tahun Berlalu, MH370 Masih Tiada Jejak

BACA: Baru Tahu, Rupanya Ini Asal Usul Nama Genting Sempah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.