Siakap Keli
hector hevel
Kredit: Portimonense Futebol SAD

Portimonense Dedah Hector Hevel Bakal Sarung Jersi Harimau Malaya?

Portimonense Dedah Hector Hevel Bakal Sarung Jersi Harimau Malaya?

Kelab bola sepak Portugal, Portimonense Futebol SAD mendedahkan salah seorang pemainnya bakal menyertai skuad Harimau Malaya.

Menerusi muat naik di laman Instagram rasmi kelab tersebut, ucapan tahniah disampaikan kepada tiga pemain yang bakal menyertai tiga kelab bola sepak berlainan, termasuk Hector Hevel yang bakal menggalas tanggungjawabnya di Malaysia.

https://www.instagram.com/p/DHJUCwAoKFv/?utm_source=ig_web_copy_link

Setakat ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan pemindahan pemain ini.

Dalam pada itu, FAM telah mengeluarkan senarai 27 pemain yang bakal memulakan latihan bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027.

“Penjaga gol terdiri daripada Syihan Hazmi, Kalamullah Al-Hafiz dan Haziq Nadzli. Barisan pertahanan pula terdiri daripada Daniel Ting, Dion Cools, Harith Haiqal, Corbin-Ong dan Matthew Davies. Begitu juga Quentin Cheng, Safwan Mazlan, Shahrul Saad dan Zikri Khalili,” maklum FAM menerusi satu kenyataan di laman Facebook.

Sementara itu, Afiq Fazail, Endrick Dos Santos, Nazmi Faiz, Natxo Insa dan Nooa Laine pula dipanggil sebagai pemain barisan tengah. FAM turut menyenaraikan Safawi Rasid, Stuart Wilkin dan Syamer Kutty dalam kenyataan tersebut.

Bagi barisan penyerang, Akhyar Rashid, Arif Aiman, Haqimi Azim dan Paulo Josue telah disenaraikan. Begitu juga Romel Morales dan Mohamadou Sumareh. Malah, Faisal Halim yang kini sudah mula beraksi di padang turut tersenarai sebagai penyerang.

Menerusi kenyataan berasingan, Ketua Jurulatih Kebangsaan, Peter Cklamovski berkata proses memuktamadkan pemain warisan sudah berada dalam fasa akhir.

“Berita positif akan dapat kita dengar pada minggu hadapan berkenaan beberapa pemain warisan,” maklumnya.

Beliau menjelaskan, pemain warisan juga merupakan pemain Malaysia yang membawa nama negara ketika perlawanan.

“Saya di sini memilih pemain yang bersemangat, bangga dan komited untuk membawa nama Malaysia.

“Pemain-pemain warisan baharu ini sedang berada di peringkat akhir dokumentasi untuk mendapatkan kelulusan kerajaan. Proses itu bakal dibuat setibanya pemain tersebut di tanah air,” tambahnya.

BACA: Faisal Halim Kembali Sarung Jersi Harimau Malaya

Sumber: Portimonense Futebol SAD, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Malaysia NT

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.