Siakap Keli
Budak 'Mengadu' Tandas rosak pmx
Gambar: TikTok

Jumpa PMX, Gelagat Budak ‘Mengadu’ Tandas Sekolah Rosak Cuit Hati Ramai

Jumpa PMX, Gelagat Budak ‘Mengadu’ Tandas Sekolah Rosak Cuit Hati Ramai

Ramai di antara kita tentunya menyimpan hasrat untuk bertemu atau berdiri di hadapan orang sosok figura aau orang kenamaan meskipun sekali.

Momen sebegini tentunya tidak akan dilupakan seumur hidup dan sentiasa dikenang.

Begitulah momen seorang kanak-kanak lelaki yang berpeluang untuk bertemu dengan Perdana Menteri ke-10 (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan lawatan di bazar ramadan, tular baru-baru ini.

Dalam klip berkenaan, Anwar dilihat sempat menyantuni beberapa orang ramai yang berada di lokasi tersebut.

Gambar: TikTok

Menariknya, PMX dilihat berhenti di hadapan seorang kanak-kanak selepas kanak-kanak itu memberitahu mengenai keadaan dua tandas sekolahnya yang rosak dan tidak dapat digunakan.

Gelagat anak kecil itu mendapat respon pantas PMX yang menanyakan maklumat penuh sekolah untuk disampaikan kepada Menteri Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek.

“Dua.. dua rosak, dua boleh pakai (boleh digunakan,” soal Anwar pada kanak-kanak itu.

Video berkenaan turut mendapat perhatian Fadhlina Sidek yang turut memberikan respon yang disuarakan kanak-kanak itu.

“Ok PMX, dengar nama saya diseru!,”

Gambar: TikTok

Sementara itu, perkongsian klip berkenaan meraih perhatian ramai warga maya. Rata-ratanya memuji keberanian kanak-kanak itu dalam tampil menyuarakan masalah tersebut.

Berikut antara komen warga maya;

“Level ko lain dik. Orang report dekat cikgu kelas ko report dekat PM direct,” seloroh seorang pengguna.

“Tandas repair berbilion,” komen seorang pengguna dengan emoji ketawa.

“Alhamdulillah.. Aduan daripada anak-anak pun diambil perhatian oleh PMX.. Terbaik PMX,” puji seorang lagi.

“PMX memang ok kita boleh cakap macam biasa, dia pun hulurkan tangan salam. Dia tak nak nmpak perbezaan rakyat dan pemimpin,”  tulis seorang lagi.

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 90,000 tontonan dengan lebih 6,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen pengguna.

@norsahida89

#pmx2025 #kemuntingtaiping 14/03/25

♬ bunyi asal – norsahida89 – norsahida89

Sumber: TikTok @norshahida89

BACA: WWE Lancar Tali Pinggang Kejuaraan Legasi Bola Sepak Eropah

BACA: Warga Emas Ditemukan Maut, Dipercayai Dibunuh

BACA: Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah Warga Asing Di Sepang

BACA: Warga Emas Hilang Ketika Keluar Ke Pusat Fisioterapi Ditemukan Maut

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.