Siakap Keli
warga emas hilang maut
Gambar: Bernama

Warga Emas Hilang Ketika Keluar Ke Pusat Fisioterapi Ditemukan Maut

Warga Emas Hilang Ketika Keluar Ke Pusat Fisioterapi Ditemukan Maut

IPOH, 13 Mac (Bernama) — Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik sebuah hotel di sini hari ini, selepas dilaporkan hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat R. Thinakaran, 62, kira-kira 4.20 petang tadi.

“Pegawai perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh telah hadir ke tempat kejadian untuk mengesahkan kematian dan pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati si mati dalam keadaan terlantar di atas katil dan tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh si mati.

“Susulan itu, mayat dihantar ke Unit Forensik HRPB untuk dibedah siasat pada 14 Mac bagi mendapatkan punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR) dan tiada sebarang unsur-unsur perbuatan jenayah dan foul play.

Abang Zainal Abidin berkata pada 4.49 petang, 11 Mac lepas pihaknya menerima maklumat seorang lelaki warga tempatan tidak pulang-pulang selepas keluar dari rumahnya di Taman Pulai Height, Kampung Kepayang dengan menaiki kereta jenis Honda Accord berwarna kelabu.

Sumber: BERNAMA

BACA: Bekalan Beras Putih Tempatan Tersedia Di Pasar Raya Seluruh Negara – Mohamad 

BACA: Sejuk Perut Mak Tengok Anak 9 Tahun Tolong Di Dapur Tanpa Disuruh

BACA: Lelaki Sesat Jalan, Naik Motor Sendiri Tapi “Order” E-Hailing

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.