Siakap Keli
Rakaman CCTV Keluarga
Kredit: @seenjni via TikTok

Rakaman CCTV Keluarga Ni Buat Warga Maya Sebak

Rakaman CCTV Keluarga Ni Buat Warga Maya Sebak

Kasih sayang ibu bapa terlalu mahal, tidak mampu dibeli walaupun setinggi gunung harta dikumpul.

Malangnya, tidak semua insan bertuah dapat membesar dalam dakapan hangat ibu bapa.

Ada yang sejak kecil sudah merasai sepi, membesar sendiri tanpa belaian kasih sayang yang sepatutnya menjadi hak setiap anak.

Ada juga yang melihat rakan-rakan mereka disambut dengan pelukan erat dan senyuman penuh bangga.

Namun, mereka hanya mampu menahan sebak dalam diam, berharap ada seseorang yang akan melakukan perkara yang sama untuk mereka.

“Kaya yang sebenarnya”

Baru-baru ini, satu rakaman CCTV dikongsi oleh pengguna TikTok @seenjni telah menyentuh hati ramai, membuatkan sesiapa yang menontonnya pasti merasa ‘cemburu’.

Dalam rakaman itu, kelihatan ibu bapanya melayannya dengan penuh kasih sayang sebelum dia berangkat keluar rumah pada waktu subuh, untuk bekerja.

Si bapa mengambil helmet anaknya, mengelapnya hingga bersih. Pemegang motosikal turut dilap, seolah-olah memastikan segalanya ‘sempurna’ sebelum si anak pergi.

Sementara itu, si ibu menyambut cermin mata yang diberikan anaknya, mengelapnya dengan baju sendiri sebelum mengucup dahi anaknya.

Saat si anak berlalu pergi, kedua-dua ibu bapanya hanya mampu memandang hingga bayang motosikal hilang dari pandangan.

@seenjni

wkwkw lucu

♬ remember you – Dominurmom

Rata-rata netizen yang menonton video ini tidak dapat menahan sebak. Di ruangan komen, ramai berkongsi perasaan dan ‘impian’ mereka.

“Faham dah kenapa kawan aku selalu nak balik rumah dan jarang sedih. Sebab tangki cinta dari keluarganya selalu penuh. Kalau macam ni, siapa ja yang tak selalu rindu nak balik rumah?”

“Percaya lah, ayahnya bukan sekadar lap helmet, tapi pasti ada juga bacakan doa yang tersirat,”

“Ibu cium dahi anak lama, pasti bacakan doa supaya anak selamat sampai ke destinasi,”

“Helmet aku berdebu, cermin mata kabur dan tangcinta ku juga kering,”

“Mungkin bukan aku, tetapi akan kupastikan anakku mendapatkannya,”

“Akan ku ciptakan keluarga seperti ini suatu saat nanti dan kupastikan anakku tidak akan pernah kekurangan kasih sayang walau sedikit pun,”

BACA: MyKad Hilang, Lelaki Terkejut Ada Hutang Lebih RM14 Ribu

BACA: “Busker Tradisional” Gamit Nostalgia Zaman Dulu-Dulu

BACA: Pandai Pilih Tempat, Dua Kucing Selesa ‘Lepak’ Dalam Keranda

Sumber: @seenjni via TikTok

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.