Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
klia 10 terbaik
Kredit Gambar: Bernama

KLIA Antara 10 Lapangan Terbang Terbaik Dunia Dengan Skor Hampir Sempurna

Azizah Najib

KLIA Antara 10 Lapangan Terbang Terbaik Dunia Dengan Skor Hampir Sempurna

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah disenaraikan antara 10 lapangan terbang terbaik di dunia dalam tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) 2024 untuk lapangan terbang yang mengendalikan lebih 40 juta penumpang setiap tahun.

Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), lapangan terbang itu mendapat skor yang hampir sempurna iaitu 4.99 daripada lima oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI), yang mewakili kepentingan bersama untuk lapangan terbang di seluruh dunia bagi mempromosikan kecemerlangan dalam industri penerbangan.

ASQ berfungsi sebagai penanda aras utama yang berasaskan data untuk kecemerlangan lapangan terbang, mengukur kepuasan penumpang dalam bidang-bidang utama seperti keselamatan, perkhidmatan, kemudahan, dan kebersihan.

Kejayaan itu mengukuhkan kedudukan KLIA sebagai hab penerbangan global terkemuka, kata MAHB dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Mohd Izani Ghani berkata kedudukan KLIA yang konsisten di antara 10 lapangan terbang terbaik ASQ sejak 2022 merupakan bukti komitmen lapangan terbang berkenaan terhadap penambahbaikan yang berterusan.

BACA JUGA: KLIA Antara 10 Lapangan Terbang Terkemuka Dunia – Tinjauan global

“Prestasi kukuh KLIA mencerminkan fokus kami untuk meningkatkan pengalaman di lapangan terbang melalui penyelesaian yang inovatif dan kemudahan yang dipertingkat. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada komuniti lapangan terbang KLIA yang berdedikasi dan pihak berkepentingan yang menjadi penggerak utama di sebalik kemajuan kami.

“Dengan pemegang saham baharu kami yang memberi penekanan kuat terhadap kecemerlangan dalam perkhidmatan, kami yakin usaha ini akan terus meningkatkan kedudukan kami dalam ranking global akan datang,” katanya.

Beberapa elemen utama telah menyumbang kepada kejayaan KLIA, yang kesemuanya direka untuk meningkatkan keselesaan dan kemudahan penumpang, termasuk suasana yang mesra, kawasan tempat duduk yang diperluas, stesen pengecasan yang dinaik taraf, serta Wi-Fi yang pantas dan boleh dipercayai.

Penumpang juga memberikan penilaian yang tinggi terhadap kebersihan luar biasa di lapangan terbang, terutamanya tandas, yang turut meningkatkan lagi pengalaman perjalanan.

Selain daripada kemudahan yang disediakan, kakitangan KLIA yang berdedikasi juga dipuji kerana kemesraan dan keprihatinan mereka, sekali gus mempamerkan hospitaliti Malaysia pada tahap terbaik.

Sebagai persediaan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026, MAHB berkata KLIA sedang menjalani naik taraf utama untuk memperbaiki lagi pengalaman penumpang, termasuk kawasan tempat duduk terminal yang diperluas, surau yang telah diubah suai, dan troli bagasi generasi akan datang.

Ia berkata penumpang juga boleh menjangkakan perkhidmatan kereta bugi yang dipertingkat, kiosk daftar masuk kendiri dan penghantaran bagasi, serta ciri-ciri baharu yang mesra keluarga seperti Zon Kanak-Kanak Taman Permainan Orang Utan, kerusi roda, kereta sorong bayi, dinding warisan, dan tempat letak kereta keluarga.

Sumber: Bernama