Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Bazar Ramadan Di Mesir
Kredit: @bidi_hurairah via TikTok
Tiada Kategori

Meriah, Pelajar Dari Kelantan Buka Bazar Ramadan Di Mesir

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Meriah, Pelajar Dari Kelantan Buka Bazar Ramadan Di Mesir

Bazar Ramadan merupakan satu tradisi yang dinanti-nantikan oleh semua masyarakat di Malaysia.

Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman tradisional serta moden dijual, menjadikannya sebagai tumpuan utama setiap petang sepanjang bulan yang mulia ini.

Kehadiran pengunjung daripada pelbagai latar belakang di bazar mencerminkan kepelbagaian masyarakat yang harmoni, selain menjadi medium perpaduan yang menyatukan individu tanpa mengira bangsa dan agama.

Di samping itu, ia bukan sahaja menjadi tempat untuk membeli juadah berbuka puasa, bahkan menjadi medan untuk para peniaga menjana pendapatan tambahan.

Bagi menyemarakkan suasana Ramadan, bazar ini turut ‘dibawa’ ke perantauan, di mana memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk merasai pengalaman budaya yang unik.

Komuniti rakyat Kelantan kendali bazar di luar negara

Menerusi video yang dikongsikan oleh @bidi_hurairah di TikTok, pemuda ini berkongsi pengalaman sewaktu mengunjungi bazar Ramadan yang dikendalikan oleh komuniti rakyat Kelantan di Mesir, baru-baru ini.

Terdapat susunan meja yang sangat panjang serta pelbagai hidangan yang dijual oleh para pelajar, malah hidangan yang dipaparkan sekaligus mengingatkan kepada bazar Ramadan di Malaysia.

Antara makanan yang dijual termasuk nasi daging, shawarma, murtabak, popia sira, nasi ayam, roti “john” dan pelbagai juadah lain.

Lebih menarik lagi, semua makanan dijual telah dibungkus dengan rapi termasuklah minuman yang dijual. Para pelajar turut memaparkan setiap harga makanan kepada pengunjung.

Video berdurasi 4:06 minit turut memaparkan mereka sempat beramah mesra dan menjawab setiap pertanyaan daripada pemuda ini. Walaupun hidangan yang dijual tidak sebanyak di Malaysia, namun ia kelihatan sangat menarik dan menyelerakan.

Difahamkan, program ini diadakan setiap tahun oleh persatuan Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) dari Universiti Al-Azhar.

Video berkenaan mendapat 56.2k tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa bangga dengan usaha para pelajar dari negeri Kelantan yang membawa budaya tempatan ke negara lain.

Dalam masa yang sama, ada yang tidak menyangka bahawa anak-anak perantauan mampu berdikari dan menjual hidangan tempatan sendiri.

BACA: Menu Sesuai Untuk Moreh, Ini Resipi Kek Pisang Cip Coklat “Moist”

BACA: Rangka Manusia Ditemui Dalam Kereta Terbiar 5 Tahun Di Asrama Polis

Sumber: @bidi_hurairah via TikTok