Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
ka demam
Kredit: TikTok Khairul Aming

Sampai Demam Cikgu Tengok Hasil Masakan, KA Beri ‘Silibus’ Masakan Termudah

Azizah Najib

Sampai Demam Cikgu Tengok Hasil Masakan, KA Beri ‘Silibus’ Masakan Termudah

Kebelakangan ini, pempengaruh media sosial, Khairul Aming atau lebih mesra dengan nama KA sering berkongsi rakaman-rakaman warga maya mencuba resipi sepanjang Ramadan. Pelbagai hasil dapat dilihat. Ada masakan yang rentung, ada kuih yang tak bangkit, malah ada juga yang hingga terbakar kuali.

Perkongsian-perkongsian ini mendapat perhatian sekaligus menghiburkan warga maya di kala penat menahan lapar dan dahaga di siang hari. Namun begitu, bukan hanya rakaman tersebut yang menghiburkan para penonton. Warga maya turut terhibur dengan reaksi KA yang terakam tatkala menonton hasil air tangan ‘anak murid’.

Kali ini, KA muncul dengan suara yang kedengaran agak lemah dan tidak bermaya, juga tanpa lagu latar belakang yang menceriakan suasana dalam rakaman seperti kebiasaannya.

Hi, what’s up guys? Maaf hari ini aku demam, tak pasti sebab tak cukup rehat ataupun tekanan jiwa tengok air tangan ‘anak murid minggu ini,” seloroh KA sebelum memulakan ‘kelasnya’.

Ikuti perkongsian resipi mudah hasilkan pastri strudel mini buah pic.

BACA: Pemuda Cuba Buat Resipi KA Tapi Lain Pula Jadinya

Menurut KA, anda perlu sediakan beberapa keping pastri lapis (puff pastry) yang dipotong empat. Susun kepingan kecil pastri lapis di atas dulang ketuhar yang sudah dialas dengan baking paper. Kemudian, cucuk dengan garfu untuk dijadikan lubang di tengah pastri seperti gambar di bawah.

Kredit:

Setelah itu, sapukan kuning telur di atas kepingan-kepingan kecil tadi. Tak perlu sapu dengan banyak, cukup sekadarnya sahaja. Selepas itu, bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 °C selama 20 minit.

ka demam
Kredit: TikTok Khairul Aming

Untuk inti, anda perlukan 250 gram keju krim, setengah kotak kecil krim putar, satu sudu kecil esen vanila, dan suku cawan gula aising. Pukul kesemua bahan ini hingga gebu. Jika anda tidak pasti bagaimana keadaan adunan yang sudah gebu, rujuk gambar di bawah.

Kredit: TikTok Khairul Aming

Apabila adunan sudah kelihatan gebu, simpan sekejap di dalam peti sejuk selama 30 minit.

Sementara menunggu, potong kecil buah pic yang sudah diasingkan daripada air rendaman di dalam tin. Kemudian, keluarkan adunan krim tadi. Belah dua pastri lapis yang sudah siap dibakar dan sapukan adunan krim di bahagian tengah.

“Kalau nak lagi cantik, pakai piping bag. Kalau tak ada, pakai je sudu. Apa yang penting, masuk krim dekat tengah tu,” pesan KA.

Kredit: TikTok Khairul Aming

Selepas krim disapu, letak potongan buah pic dan kepitkan dengan lapisan pastri yang lagi satu.

“Boleh cuba, ini antara silibus yang paling senang. Tolonglah habiskan silibus ni, dah nak raya dah. Nanti kita boleh rehat dah. Selamat mencuba,” seloroh KA.

BACA: Hasil Tanaman Dibuat Kuih, Wanita Kongsi Resipi Koci Labu

Sumber: TikTok Khairul Aming