Siakap Keli
Realiti Anak Chow Kit

Dipaksa Dewasa Sebelum Usia, Realiti Anak Chow Kit Ini Buat Ramai Mengalir Air Mata

Dipaksa Dewasa Sebelum Usia, Realiti Anak Chow Kit Ini Buat Ramai Mengalir Air Mata

Setiap anak di dunia ini berhak untuk hidup dengan penuh kasih sayang, pendidikan yang baik dan perlindungan yang mencukupi. Namun, realitinya tidak semua kanak-kanak bernasib baik.

Di Chow Kit, ramai kanak-kanak terpaksa membesar dalam keadaan serba kekurangan. Bukan sebab pilihan mereka, namun disebabkan keadaan sekeliling.

Selain itu, hidup mereka juga berbeza daripada kanak-kanak lain. Ada yang terpaksa bekerja pada usia muda, ada yang terlepas peluang ke sekolah, bahkan ada yang perlu memikul tanggungjawab lebih besar daripada sepatutnya, menjadikan mereka terpaksa matang sebelum usia.

Isu kemiskinan bandar dan perlindungan kanak-kanak bukan perkara baru, tetapi ia adalah topik yang kita semua wajib peduli. Maka atas dasar ini, MBSB Bank bersama Yayasan Chow Kit telah menggarap sebuah filem pendek berdasarkan kisah ketabahan seorang kanak-kanak yang kehilangan ayahnya.

Hidup sukar bersama ibu dan adik-adiknya di Chow Kit, kini Arif berjaya mengubah kehidupan mereka atas kesungguhan, peluang serta sokongan yang diberikan.

Arif berjaya membuktikan dengan adanya ruang selamat, pendidikan dan bimbingan yang cukup, kanak-kanak sepertinya boleh mengubah masa depan mereka menjadi lebih baik.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, kanak-kanak ini tidak pernah mengeluh. Malah, kehidupan yang dijalaninya telah membentuknya menjadi seorang anak yang bertanggungjawab.

Kini, Arif berjaya mencapai impiannya yang besar iaitu menjadi seorang guru. Dengan tekad yang kuat, dia berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai cita-citanya dan memberi sumbangan bermakna kepada dunia pendidikan.

Berkat bimbingan dan sokongan, dia memperoleh lebih dari sekadar pendidikan formal dan mendapatkan kepercayaan diri serta dorongan untuk mengejar impiannya.

Sedar tidak sedar, masih ramai ‘Arif’ di luar sana. Mereka memerlukan setiap daripada kita semua untuk bekerjasama menyelamatkan mereka dari kepompong kemiskinan.

Marilah kita berganding bahu membantu, menyokong dan melindungi anak-anak ini. Sekecil-kecil usaha pun boleh membawa perubahan besar dalam hidup mereka.

Sama-sama kita bangunkan harapan dan masa depan mereka.

Tonton kisah Arif di sini: https://www.instagram.com/p/DGmNZ57TuCF/

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.