Siakap Keli
Zuchongzhi 3.0
Kredit: physics.aps.org

Saintis China Perkenal ‘Zuchongzhi 3.0’, Cip Kuantum Lebih Pantas Dari Superkomputer

Saintis China Perkenal ‘Zuchongzhi 3.0’, Cip Kuantum Lebih Pantas Dari Superkomputer

Para penyelidik di China telah mencipta kejayaan baharu apabila membangunkan unit pemprosesan kuantum (QPU) yang memiliki 1 kuadrilion (10¹⁵) kali lebih pantas daripada superkomputer terbaik di dunia, lapor Live Science.

Menurut saintis di Universiti Sains dan Teknologi China (USTC), prototaip baharu cip 105-qubit, yang dinamakan “Zuchongzhi 3.0” menggunakan qubit superkonduktor dan menandakan satu kemajuan besar dalam pengkomputeran kuantum.

Ciptaan ini turut menyaingi keputusan penanda aras yang ditetapkan oleh unit pemprosesan kuantum (QPU) Willow terbaharu Google pada Disember 2024, yang membolehkan saintis mendakwa komputer kuantum lebih berkeupayaan daripada superkomputer terpantas.

Live Science berkata, para saintis menggunakan pemproses tersebut untuk menyelesaikan tugas pada penanda aras pensampelan litar rawak (RSC) dalam pengkomputeran kuantum hanya dalam beberapa ratus saat.

Kajian baharu itu juga dilaporkan dalam jurnal Physical Review Letters yang diterbitkan pada 3 Mac lalu.

China perkenal cip kuasa super, atasi had teknologi semasa

Difahamkan, kajian terhadap pensampelan litar rawak 83-qubit dengan 32 lapisan, juga diselesaikan satu juta kali lebih pantas berbanding keputusan yang dicapai oleh cip generasi sebelum Google iaitu Sycamore yang diterbitkan pada Oktober tahun lalu.

Sebagai perbandingan, Frontier iaitu superkomputer kedua terpantas di dunia hanya mampu menyelesaikan tugas yang sama dalam 5.9 bilion tahun.

Walaupun keputusan ini menunjukkan bahawa QPU berupaya mencapai keunggulan kuantum, namun penanda aras RCS yang digunakan cenderung memihak kepada kaedah kuantum.

Selain itu, penambahbaikan dalam algoritma klasik yang memacu pengkomputeran klasik mungkin dapat merapatkan jurang seperti yang berlaku pada tahun 2019.

Tambahan lagi, saintis penyelidikan Google buat pertama kali mengumumkan bahawa komputer kuantum telah mengatasi komputer klasik dalam penggunaan awal penanda aras RSC.

Zuchongzhi 3.0 menunjukkan prestasi mengagumkan

Menurut Live Science, versi terkini Zuchongzhi merangkumi 105 qubit transmon iaitu peranti yang diperbuat daripada logam seperti tantalum, niobium dan aluminium.

Ia juga memiliki kepekaan bunyi yang lebih rendah dalam susunan segi empat tepat 15 × 7, yang merupakan satu peningkatan daripada cip sebelumnya yang mengandungi 66 qubit.

Zuchongzhi 3.0 turut menunjukkan prestasi mengagumkan dengan “parallel single-qubit gate fidelity” sebanyak 99.90 peratus dan “parallel two-qubit gate fidelity” sebanyak 99.62 peratus.

Walau bagaimanapun, QPU Willow milik Google sedikit mengatasinya dengan keputusan masing-masing sebanyak 99.97 peratus dan 99.86 peratus.

BACA: Dipaksa Dewasa Sebelum Usia, Realiti Anak Chow Kit Ini Buat Ramai Mengalir Air Mata

Sumber: Live Science

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.