Siakap Keli
Gambar: TikTok @khairulaming

“Ramai kena masuk kelas tambahan macam ni..” Reaksi KA Buat Ramai Terhibur

“Ramai kena masuk kelas tambahan macam ni..” Reaksi KA Buat Ramai Terhibur

Seperti yang diketahui, video resipi masakan Khairul Aming sentiasa mendapat sambutan daripada pengguna media sosial setiap kali tibanya Ramadan.

Bahkan pada tahun ini, Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai KA memberitahu bahawa dia memperkenalkan segmen terbaharu 30 Hari, 60 Resipi, yang lebih menarik berbanding 30 Hari 30 Resipi sebelum ini

Bagaimanapun, dalam klip yang dikongsikan oleh pempengaruh itu baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Dalam klip berkenaan, Khairul Aming memberikan reaksi terhadap klip-klip video masakan yang cuba dihasilkan oleh orang ramai, menerusi resipi dikongsinya.

“Tolong doakan batch tahun ni..” – KA

Gambar: TikTok @khairulaming

Video berdurasi 28 saat itu memaparkan pelbagai ‘tragedi’ ketika cuba memasak oleh peminat.

Meskipun sudah diberikan video sebagai panduan untuk orang ramai memasak di luar sana, namun pelbagai ragam dan rupa bentuk masakan yang mencuit hati dikongsikan oleh mereka di media sosial.

Berikut antara komen netizen;

“Yang paling rare lesung batu terbelah dua,” komen seorang lagi.

“Takpe cikgu jangan give up teruskan video cikgu yang fail tu hantar kelas tambahan hahahaha,” seloroh seorang lagi.

Whats up guyswhats wrong guys ✅,” komen seorang lagi.

“Ramai repeat paper,” tulis seorang lagi.

@khairulaming

Tolong doakan batch tahun ni

♬ original sound – officialnohsalleh – Noh Salleh

Sebelum ini, Khairul Aming memaklumkan bahawa dia akan tampil dengan segmen terbaharu iaitu 30 Hari, 60 Resipi.

Menerusi perkongsiannya di laman X (Twitter), segmen berkenaan bakal bermula pada 1 Ramadan ini dengan resipi lebih menarik berkaitan juadah berbuka puasa.

Katanya, tempoh penggambaran dan tugas menyunting segmen ini mengambil masa selama dua bulan.

Tak cukup dengan itu, KA turut memberitahu bahawa dia bakal melakukan livestream di pelbagai bazar ramadan berbeza , sekaligus sebagai satu bentuk sokongan kepada para peniaga di luar sana.

Tambahnya, lapan episod Oman travel series turut bakal ditayangkan sepanjang bulan suci itu.

“Selain daripada 30 Hari 30 Resipi, tahun ini kita nak bawa keistimewaan baru, bawa anda jalan-jalan ke Oman,” katanya.

Sumber: TikTok @khairulaming 

BACA: Jualan Produk Khairul Aming Cecah RM42 Juta Tahun Lepas

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: