Siakap Keli
Bapa Didakwa Atas Tuduhan Bunuh
Kredit: AFP

Bapa Didakwa Atas Tuduhan Bunuh Selepas Anak Terlanggar Pesara Ketika Belajar Berbasikal

Bapa Didakwa Atas Tuduhan Bunuh Selepas Anak Terlanggar Pesara Ketika Belajar Berbasikal

Seorang lelaki di Itali didakwa atas tuduhan pembunuhan tanpa niat selepas anak lelakinya yang berusia lima tahun melanggar seorang pesara ketika belajar menunggang basikal, lapor Oddity Central.

Pesara yang merupakan seorang wanita warga emas berusia 87 tahun sedang berjalan-jalan di sebuah taman di Milan bersama rakannya, apabila budak lelaki tersebut secara tidak sengaja melanggarnya dengan sebuah basikal.

Difahamkan, insiden itu menyebabkan wanita berkenaan terjatuh lalu kepalanya terhentak di atas jalan raya berturap.

Bapa kepada budak lelaki yang menyaksikan kejadian itu ingin memanggil ambulans, namun wanita tersebut mendakwa dirinya dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, keadaan wanita itu secara tiba-tiba bertambah buruk dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang cuba menyelamatkannya.

Menurut Oddity Central, budak lelaki itu dikatakan hilang kawalan ketika menunggang basikal dan melanggar wanita tua itu pada kelajuan sederhana, malah basikal yang dinaiki tidak memiliki roda penstabil.

Bapa didakwa bersalah kerana tidak mengawasi aktiviti anak

Alasan itu kemudiannya digunakan oleh pihak pendakwa untuk mendakwa si bapa atas tuduhan pembunuhan tanpa niat.

Mereka berpendapat bahawa ‘tidak menghalang sesuatu kejadian’ yang sepatutnya dicegah mengikut kewajipan undang-undang adalah ‘setara dengan menyebabkannya’.

Selain itu, pendakwa turut berhujah bahawa si bapa dipercayai bersalah kerana tidak mengawasi aktiviti anaknya, sekaligus menyebabkan situasi berbahaya terhadap orang lain.

Bapa kepada kanak-kanak berusia 5 tahun itu berdepan hukuman penjara serta bayaran pampasan sebanyak 200,000 euro (kira-kira RM964,972) kepada keluarga mangsa sekiranya didapati bersalah.

Menurut Oddity Central, hakim di sebuah mahkamah membebaskan lelaki berkenaan daripada sebarang liabiliti jenayah dengan alasan bahawa pelanggaran kecil dan kesannya tidak dapat diramalkan.

Di samping itu, si bapa juga tidak sempat bertindak cukup pantas untuk menghalangnya daripada berlaku.

BACA: “Abah Tengah Laungkan Azan,” Anak Selamatkan Bapa OKU Dalam Kebakaran

BACA: Netanyahu Beri Amaran, Serangan Ke Atas Gaza Hanya Satu Permulaan

BACA: Kabinet Bersetuju Dengan Terma, Syarat Perjanjian Pencarian Bangkai Pesawat MH370

Sumber: Oddity Central

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.