“Abah Tengah Laungkan Azan,” Anak Selamatkan Bapa OKU Dalam Kebakaran
Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan, di mana umat Islam menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.
Ia juga merupakan masa yang dinantikan untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya bersama keluarga dan orang tersayang.
Namun, ada juga insan diuji dengan pelbagai musibah yang tidak terduga seperti kehilangan ahli keluarga, terlibat dalam bencana alam, ditimpa penyakit ataupun kebakaran rumah.
Ia bukan sahaja meragut harta benda, tetapi juga meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada mangsa yang terlibat.
Anak selamatkan ayah ketika rumah terbakar
Bercakap mengenainya, seorang lelaki sanggup meredah api untuk menyelamatkan bapanya yang juga seorang OKU (mental) dalam kebakaran di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @chedo85 di TikTok, wanita ini menceritakan bahawa adiknya yang dikenali sebagai ‘Angah’, berani bertindak menyelamatkan bapanya daripada terperangkap dalam rumah yang sedang terbakar.
Difahamkan, bapanya ditemukan sedang melaungkan azan sebelum diselamatkan oleh Angah.
“Nasib baik Angah sempat balik rumah untuk keluarkan Abah. Abah merupakan OKU (mental), jadi dia tak keluar rumah
“Sewaktu Angah naik ke atas rumah, Abah sedang melaungkan azan di bilik tidurnya. Selepas Abah dibawa keluar, Angah masuk semula ke dalam rumah untuk padam api di bilik yang terbakar,” kata @chedo85.
Video berdurasi 16 saat itu turut memaparkan Angah berusaha memimpin tangan bapanya ke tempat selamat. Dalam masa yang sama, sebuah rumah juga dilihat hampir musnah dijilat api.
Bagaimanapun, Angah mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan selepas cuba memadam api di bilik, manakala bapanya tidak mengalami sebarang kecederaan. Setakat ini, punca kebakaran masih belum diketahui.
Video tersebut mendapat perhatian daripada orang ramai
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok meluahkan rasa simpati terhadap kejadian tersebut dan mendoakan agar segala urusan keluarga itu dipermudahkan.
Dalam pada itu, mereka turut berasa kagum dengan tindakan Angah yang mengutamakan nyawa orang lain serta sanggup berkorban demi menyelamatkan insan tersayang.
BACA: Netanyahu Beri Amaran, Serangan Ke Atas Gaza Hanya Satu Permulaan
@chedo85 hero untuk abah…nasib baik angah sempat balik rumah keluarkan abah.kalu x,x tau la jd gapo .abah oku mental psy..jd maso kejadian dio x keluar rumah..masa angah naik atas rumah abah duk azan di tempat dio tido. selepas wat keluar abah dia naik pulok atas rumah utk padam api di bilik yg terbakar..tp api terlalu cepat marak tu jd tangan dio melecur..abah alhamdulillah xde melecur mana2. #heroabah
BACA: Saintis China Perkenal ‘Zuchongzhi 3.0’, Cip Kuantum Lebih Pantas Dari Superkomputer
BACA: Dipaksa Dewasa Sebelum Usia, Realiti Anak Chow Kit Ini Buat Ramai Mengalir Air Mata
Sumber: @chedo85 via TikTok