Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Kerajaan Singapura Beri Bantuan
Kredit: AFP

Singapura Beri Bantuan Hampir RM20K Setiap Bulan Kepada Penganggur

Athirah

Singapura Beri Bantuan Hampir RM20K Setiap Bulan Kepada Penganggur

Kerajaan Singapura dilapor memberi bantuan kepada individu yang kehilangan pekerjaan sebanyak S$6,000 (kira-kira RM19,863) sebulan selama enam bulan, lapor The Straits Times.

Difahamkan, program ini diumumkan pada 7 Mac lalu bagi meringankan beban kewangan mereka yang terjejas sementara mendapat tawaran pekerjaan baharu.

Menteri Kanan Singapura, Koh Poh Koo berkata, sebanyak S$200 juta akan diperuntuk dalam ‘Program Sokongan Pencari Kerja SkillsFuture’ yang bakal dilancarkan pada pertengahan April.

Selain itu, ia turut ditujukan kepada pekerja berpendapatan rendah dan sederhana yang memerlukan sokongan kewangan.

Program ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 60,000 individu setahun, yang merangkumi lebih daripada 60 peratus daripada mereka yang kehilangan pekerjaan secara tidak sengaja.

Individu akan dibimbing untuk menyertai pelbagai aktiviti

Menurut The Straits Times, ia termasuk kehilangan pekerjaan tanpa kehendak sendiri akibat pemecatan atau penamatan kontrak disebabkan penyakit, kecederaan, kemalangan atau penutupan syarikat.

“Penerima bantuan akan dibimbing untuk menyertai aktiviti yang bermakna, seperti menghadiri karnival kerjaya, mengemas kini resume, dan mengikuti sesi bimbingan kerjaya,” kata Dr. Koh.

Beliau turut menambah bahawa aktiviti ini dirangka berdasarkan penyelidikan dengan pencari kerja.

Selain itu, individu yang menerima bantuan boleh memanfaatkan pelbagai perkhidmatan sokongan yang ditawarkan, seperti bimbingan kerjaya oleh Workforce Singapore (WSG), kursus SkillsFuture dan karnival kerjaya.

Program ini juga dilengkapi dengan bantuan-bantuan lain

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah individu tidak memiliki pekerjaan sekurang-kurangnya satu bulan dari tarikh terakhir bekerja sebelum menerima bayaran.

Di samping itu, individu perlu aktif mencari kerja dan mungkin perlu menyertai program latihan yang telah disediakan.

Program ini turut dilengkapi dengan bantuan-bantuan lain seperti SkillsFuture Level-Up dan ComCare.

Sebagai contoh, mereka yang mengikuti latihan jangka panjang boleh menerima bantuan latihan antara S15,000 hingga S21,000 (kira-kira RM55,000 hingga RM77,000) selama enam bulan, selain bantuan pengangguran sebanyak S$6,000 sebulan.

BACA: Pembayaran STR Fasa 2 Kepada 8.5 Juta Penerima Mulai 24 Mac – MOF

Sumber: The Straits Times