BKKA Untuk Penjawat Awam Kerajaan Negeri Terengganu
Penjawat awam Kerajaan Negeri Terengganu bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM500 yang akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Bantuan ini diumumkan susulan lawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu pada 21 Mac 2025.
Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, Kerajaan MADANI bersetuju untuk membiayai pemberian BKKA ini, yang akan memberi manfaat kepada lebih 14,000 penjawat awam di negeri tersebut.
Langkah ini bertujuan meringankan beban kewangan dan membantu persiapan mereka menyambut lebaran.
“Kerajaan MADANI kekal komited dengan prinsip kesaksamaan dan pendekatan yang manusiawi agar kemakmuran negara dapat dirasai secara bersama, sejajar dengan wawasan Menaikkan Lantai dalam kerangka Ekonomi MADANI.
“Semoga sumbangan ini membawa sedikit kegembiraan kepada mereka yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi,” ujar kenyataan tersebut.
BACA: Permohonan Permit Hutan Simpanan Kekal Selangor Dibuka “Online” Bermula April
BACA: Program Bantuan Kad Perak Sejahtera Untuk B40 Yang Memerlukan
BACA: Program mySalam: Skim Perlindungan Untuk Golongan B40
Sumber: Kementerian Kewangan