Siakap Keli
Kredit: Bernama

Cegah Kes Jenayah, PDRM Saran Orang Ramai Isi Borang Balik Kampung 

Cegah Kes Jenayah, PDRM Saran Orang Ramai Isi Borang Balik Kampung 

Polis Daerah Petaling Jaya sedang mempergiatkan hebahan dan mengedar borang balik kampung kepada orang ramai yang akan pulang beraya sempena cuti Aidilfitri kali ini.

Menerusi hantaran Polis Daerah Petaling Jaya di Facebook, orang ramai dinasihati untuk meningkatkan langkah keselamatan terutamanya melibatkan harta persendirian.

Justeru, langkah mengisi borang balik kampung adalah penting sebagai makluman kepada polis berikutan ketiadaan penghuni di rumah.

Anda boleh mendapatkan borang balik kampung di Balai Polis berhampiran kediaman masing-masing untuk memudahkan pihak berkuasa melakukan rondaan pemantauan di kawasan perumahan.

Selain itu, anda juga boleh memuat turun borang yang disediakan dari hantaran ini, mengisi segala maklumat yang diperlukan dan menghantarnya ke Balai Polis berhampiran

“Jangan tunggu saat akhir supaya Polis dapat membuat pemantauan dan rondaan ke rumah anda bagi mencegah jenayah pecah rumah,” kata hantaran itu lagi.

Tiada kes jenayah direkodkan bagi mereka yang menghantar borang

Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Zahari berkata menerusi borang pemakluman itu, pihaknya dapat mengenal pasti kediaman ditinggalkan bagi melaksanakan usaha pencegahan jenayah.

“Tiada kes jenayah direkodkan ketika cuti perayaan tahun lepas bagi mereka yang menghantar borang pemakluman balik kampung kepada polis di daerah ini.

“Setakat ini sebanyak 200 borang pemakluman balik kampung telah diedarkan dan kita harap orang ramai yang ingin pulang beraya ke kampung masing-masing mengisi borang berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kempen pencegahan jenayah di Bazar Aidilfitri Dataran Sekilau pada 22 Mac lalu.

Wan Zahari memaklumkan rondaan di kediaman yang ditinggalkan akan ditingkatkan sepanjang tempoh ditinggalkan melalui pemakluman yang diterima.

BACA: Piala MFL Musim 2025/2026 Dimansuhkan

BACA: Nak Raya? Amal 9 Tip Keselamatan Rumah Ini Sebelum Balik Kampung

BACA: Dipaksa Dewasa Sebelum Usia, Realiti Anak Chow Kit Ini Buat Ramai Mengalir Air Mata

BACA: Mayat Bayi Ditemukan Dalam Mangkuk Tandas Stesen Minyak Di Sabak Bernam

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.