Siakap Keli
jet bertembung pertunjukan udara
Gambar: AFP

Dua Jet Bertembung Ketika Sesi Latihan Pertunjukan Udara

Dua Jet Bertembung Ketika Sesi Latihan Pertunjukan Udara

Dua jet Alpha milik pasukan aerobatik Tentera Udara Perancis, Patrouille de France bertembung sewaktu melakukan sesi latihan pertunjukan udara berhampiran Saint-Dizier, Perancis, lapor Great Britain News.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh orang awam memaparkan dua jet itu melakukan aksi aerobatik bersama lima lagi jet lain secara berirama.

Sewaktu pertunjukan itu, dua daripada jet berkenaan bertembung di udara, namun kedua-dua juruterbang sempat menyelamatkan diri sebelum nahas berlaku.

Salah satu jet dipercayai terhempas di silo Calin di Saint-Dizier, manakala jet lain difahamkan jatuh ke dalam saliran.

Sekurang-kurangnya tiga individu terlibat dalam kejadian itu, termasuk seorang juruterbang yang telah dibawa ke hospital.

Menurut pegawai, mengesahkan kedua-dua jet musnah dalam nahas tersebut

@metrouk

Two jets crashed during a stunt by France’s version of ‘Red Arrows’ display in Saint-Dizier. The incident happened today at around 15:40pm near Air Base 113, during a training drill including seven Alpha Jets. The Air Force team said that both pilots and one passenger were able to eject and were ‘found conscious’. #fyp #france #francenews #redarrowsdisplay #jetcrash #planecrash

♬ original sound – Metro – Metro

Sementara itu, Menteri Angkatan Bersenjata Perancis, Sébastien Lecornu, turut mengeluarkan kenyataan mengesahkan insiden tersebut.

Patrouille de France ialah pasukan demonstrasi aerobatik Tentera Udara dan Angkasa Perancis, terdiri daripada sembilan juruterbang yang kerap membuat persembahan di acara kebangsaan dan pertunjukan udara antarabangsa.

Pada 1967, insiden yang sama meragut Kapten Pasukan, Didier Duthois yang tidak sempat menyelamatkan diri dalam pertunjukan udara “Le Bourget”.

Pada 2002, seorang anggota pasukan itu maut semasa melakukan penerbangan latihan apabila payung terjunnya gagal dibuka sepenuhnya.

Pada 2010, Kapten Sylvian Courtot terselamat daripada nahas dengan kecederaan ringan selepas berjaya menyelamatkan diri menggunakan kerusi lenting.

Sumber: Great Britain News

BACA: “Rahsia” Garis Pada Tuala Yang Ramai Tidak Tahu

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.