Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
kenderaan lebuh raya
Kredit: Bernama

2.77 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sempena Aidilfitri Ini

Azizah Najib

2.77 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sempena Aidilfitri Ini

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan jumlah trafik kepada 2.77 juta kenderaan sehari yang akan menggunakan lebuh raya utama sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri.

LLM dalam kenyataan hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 2.1 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di bawah Kumpulan PLUS, diikuti Lebuhraya KL-Karak (216,000), Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (176,000), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 (156,000) dan LPT2 (70,000) pada hari puncak sepanjang tempoh perayaan ini.

“Pergerakan kenderaan keluar dari ibu kota menuju ke arah Pantai Timur, Utara dan Selatan tanah air dijangka akan menunjukkan peningkatan bermula hari ini, mengambil kira cuti sekolah tambahan Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2 hingga 4 April ini.

“Manakala aliran trafik kembali ke ibu kota akan menunjukkan peningkatan bermula 5 dan 6 April,” menurut kenyataan itu.

Dalam usaha mengurangkan kesesakan sepanjang tempoh cuti perayaan, LLM mengambil beberapa langkah antaranya memastikan tiada penutupan lorong syarikat konsesi lebuh raya, kecuali bagi kerja kecemasan bermula 24 Mac hingga 7 April ini.

Selain itu, laluan laluan smart lane turut diaktifkan di 28 lokasi yang telah dikenal pasti di Lebuhraya PLUS dan pengguna yang melalui jajaran yang terlibat, boleh menggunakan lorong kecemasan sebagai laluan alternatif ketika berlaku kesesakan serta dinasihatkan mematuhi papan tanda lalu lintas yang disediakan.

“Penunggang motosikal diharapkan sentiasa fokus ketika menunggang dan peka dengan pengaktifan smart lane di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti. Sebanyak 472 lokasi tempat berlindung motosikal turut disediakan di sepanjang lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

Pada masa yang sama, syarikat konsesi lebuh raya utama turut diingatkan supaya memastikan sistem kutipan tol berfungsi dengan baik, pengoperasian lebuh raya dalam keadaan terbaik serta berfungsi sepanjang tempoh tersebut.

LLM berkata semua kemudahan seperti parkir dan tandas sementara daripada jenis mudah alih dan kabin juga disediakan untuk menampung keperluan pengguna, selain bekalan minyak di stesen-stesen minyak dipastikan mencukupi dengan kerjasama pengusaha stesen demi keselesaan penguna lebuh raya.

“Tempoh larangan pemanduan kenderaan barangan pula akan dilaksanakan bermula 29 hingga 30 Mac ini dan 5 hingga 6 April. Langkah itu dijangka sedikit sebanyak akan membantu aliran trafik yang lebih baik di lebuh raya utama negara.

LLM turut menasihati pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan merujuk aplikasi MyPLUS-TTA daripada pihak PLUS Berhad bagi perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan dan Cadangan Waktu Perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) oleh pihak AFA Prime bagi Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1.

Pengguna juga boleh mendapatkan status semasa trafik lebuh raya atau sebarang insiden di lebuh raya melalui media sosial rasmi LLM atau hubungi Pusat Pengurusan Trafik, LLM di talian 1-800-88-7752 yang beroperasi 24 jam bermula 28 Mac hingga 6 April depan.

BACA: Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

Sumber: Bernama