Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
pesakit lumpuh pulih
Gambar: Fudan University

Dua Tahun Lumpuh, Pesakit Beransur Pulih Dengan Bantuan “AI”

Hannah

Dua Tahun Lumpuh, Pesakit Beransur Pulih Dengan Bantuan “AI”

Seorang pesakit di China, yang lumpuh selama dua tahun akibat kecederaan saraf tunjang dilaporkan kini beransur pulih.

“Keajaiban” ini berlaku selepas beliau menjalani pembedahan brain-spine interface (BSI) secara invasif minimum di Hospital HuaShan, Universiti Fudan pada 3 Mac lalu.

Dua tahun lalu, Lin mengalami kecederaan parah pada saraf tunjang dan pendarahan otak selepas terjatuh dari tangga setinggi empat meter.

Kecederaan itu memutuskan hubungan saraf antara otak dan bahagian saraf tunjang yang mengawal pergerakan kaki. Ini menyebabkan beliau hilang keupayaan berjalan dan bergantung sepenuhnya pada kerusi roda.

Justeru, pembedahan selama empat jam di Hospital ZhongShan diketuai oleh pasukan Profesor Jia dilakukan dengan bantuan “AI” untuk membantu pesakit ini.

Mereka berjaya membina laluan saraf pintasan antara otak dan saraf tunjang menggunakan bantuan AI melalui implan elektrod.

Menakjubkan, hanya dalam tempoh 24 jam selepas pembedahan, Lin mula menunjukkan pergerakan pada kakinya.

Kejayaan ini menandakan satu lagi pencapaian penting bagi pasukan Profesor Jia Fumin dari Institut Sains dan Teknologi untuk Kecerdasan Diinspirasikan Otak (ISTBI) di Universiti Fudan.

Sebelum ini, pasukan yang sama telah bekerjasama dengan Hospital ZhongShan, Universiti Fudan. Mereka berjaya menyelesaikan tiga pembedahan bukti konsep (PoC) pertama di dunia dari Januari hingga Februari 2024.

Pencapaian ini membuka lembaran baharu dalam bidang pemulihan fungsi saraf.

Harapan baharu untuk pesakit lumpuh di seluruh dunia

“Hasil rawatan ini bukan sahaja memenuhi jangkaan kami, malah melepasi apa yang kami harapkan. Ia mengesahkan keberkesanan penyelesaian BSI generasi baharu ini,” kata Profesor Jia.

Beliau juga menekankan bahawa kejayaan empat pembedahan di dua hospital berbeza membuktikan teknologi ini boleh diulang dan diperluaskan.

“Ini bukan sekadar kejayaan teknologi, tetapi permulaan baharu bagi pesakit lumpuh di seluruh dunia,” tambahnya.

Sepanjang projek ini, pasukan Profesor Jia menjalinkan kerjasama antara disiplin secara meluas dengan pakar neurologi, pakar bedah saraf, perubatan pemulihan dan radiologi bagi memperhalusi setiap aspek pembedahan PoC.

Kini, beliau merancang untuk menjalankan lebih banyak kajian klinikal BSI di Hospital ZhongShan, Hospital HuaShan dan beberapa institusi lain untuk mengumpul data dunia sebenar serta memperbaiki algoritma teknologi ini.

Matlamat utama adalah mempercepatkan penerapan teknologi ini dan memberi harapan baharu kepada kira-kira 20 juta pesakit kecederaan saraf tunjang di seluruh dunia.

“Jika dahulu kami menumpukan kepada pengeluaran domestik peranti perubatan canggih dari luar negara, kini kami telah melangkah ke tahap baharu dengan menghasilkan sistem BSI invasif minimum yang asli dan pertama di dunia,” katanya lagi.

BACA: AirAsia Sahkan Tiada Kebakaran Enjin Pada Penerbangan AK128

BACA: ASB 2 Agih Dividen 5.50 Sen, ASM 5.00 Sen

BACA: Aidilfitri: Kementerian Komunikasi Umum Insentif Rebat Rahmah Pada Hari Raya Pertama

Sumber: Fudan University