Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
KDPB Sultan Pahang
Kredit: Kesultanan Pahang via Facebook

Akaun Media Sosial Palsu Guna Nama Sultan Pahang Dikesan

Athirah

Akaun Media Sosial Palsu Guna Nama Sultan Pahang Dikesan

Istana Pahang telah mengesan kewujudan akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Kenyataan itu telah dikeluarkan menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi, Kesultanan Pahang hari ini.

Difahamkan, akaun berkenaan aktif membalas komen pengguna lain sehingga menimbulkan kekeliruan.

“Istana Pahang menegaskan bahawa Paduka Baginda tidak mempunyai sebarang akaun media sosial dan sebarang aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang dan portal Istana Pahang sahaja,” ujar hantaran berkenaan.

Sementara itu, isu yang sama turut dijelaskan mengenai akaun media milik Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang hanya aktif di Instagram sahaja.

Ia termasuk akaun media milik Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang cuma memiliki akaun rasmi @this.7 di Instagram.

“Manakala di platform media sosial lain seperti Instagram, TikTok, Youtube dan aplikasi X hanya menggunakan nama Kesultanan Pahang manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my.

“Istana Pahang menafikan kewujudan sebarang akaun media sosial yang diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan berharap agar tiada yang terpedaya dengan penyamaran yang cuba mengelirukan orang ramai,” jelas hantaran itu lagi.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0SU4APkghfp2scPVG9w9oqVoDaQkYRUNdeQcUrVc9Ph8u6RbskLGEq3jhVM4GvxYTl&id=100046962313127

Berhati-hati dengan akaun media sosial palsu kerabat diraja Pahang

Sebelum ini, Bernama melaporkan supaya orang ramai diminta berhati-hati serta tidak terperdaya dengan kewujudan akaun palsu di pelbagai platform media sosial yang menggunakan nama Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kerabat diraja Pahang dan Kesultanan Pahang.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan Istana Pahang menafikan kewujudan sebarang akaun media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan berharap tiada yang terperdaya dengan penyamaran yang cuba mengelirukan orang ramai.

Sebarang aktiviti atau titah secara langsung pula hanya akan disiarkan melalui platform media sosial menggunakan nama Kesultanan Pahang dan di Facebook, hanya terdapat satu sahaja akaun sah dengan kira-kira 685,000 pengikut.

BACA: Ong Yew Sin Lamar Pemain Badminton Jepun, Aya Ohori

Sumber: Kesultanan Pahang via Facebook