Ingatkan Kemalangan, Rupanya Kucing Ini Hilang Kaki Sebab Diatebes
Kencing manis atau diabetes adalah satu keadaan kesihatan kronik yang berlaku apabila paras gula dalam darah meningkat secara berlebihan.
Ia boleh membawa kepada pelbagai komplikasi serius seperti penyakit jantung, kegagalan buah pinggang, masalah penglihatan dan gangguan saraf jika tidak dikawal dengan baik.
Bagaimanapun, penyakit ini boleh membawa kepada jangkitan teruk dan memerlukan pemotongan (amputasi) anggota badan dalam kes yang lebih parah.
Selain manusia, haiwan seperti kucing juga boleh menghidapi penyakit kencing manis. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan komplikasi serius seperti kerosakan saraf, jangkitan saluran kencing dan masalah organ dalaman.
Ingat kena langgar, rupanya kaki hilang disebabkan kencing manis
Baru-baru ini, satu video menjadi tular di media sosial apabila seekor kucing berwarna coklat dilihat sedang berjalan di dalam perkarangan sebuah rumah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @_apauu_ di TikTok, kucing itu kelihatan sedang berjalan seperti biasa, namun lelaki ini menyedari bahawa ia telah kehilangan kaki belakang sebelah kanannya.
Dia pada mulanya menyangka bahawa kucing tersebut mungkin terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kakinya terpaksa dipotong. Bagaimanapun, pemilik sebenar kucing itu menjelaskan sebenarnya ia menghidap penyakit kencing manis.
“Dia (kucing) kena kencing manis sebab suka makan makanan manis. Kaki kena potong pada tahun 2017, itu yang kepala senget dan paha saja yang gerak. Sedangkan sudah tiada kaki,” katanya.
Menerusi video berdurasi 14 saat memaparkan kucing berwarna coklat itu kelihatan cuba menggaru telinganya menggunakan kaki yang telah tiada.
Difahamkan, ini merupakan satu keadaan yang digelar sebagai ‘phantom limb pain’. Ia adalah sejenis kesakitan yang dirasakan seperti ia datang daripada bahagian badan yang sudah tiada.
Ramai orang beri pelbagai reaksi terhadap kucing berkenaan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa simpati dengan nasib yang menimpa kucing tersebut. Malah, ada yang turut berkongsi bahawa kucing peliharaan mereka juga gemar makan makanan manis.
Sebelum ini, SK melaporkan gejala utama kencing manis adalah peningkatan rasa haus dan urin (kencing). Meskipun gejala ini umum pada kucing dengan berat badan normal, namun sangat umum terlihat pada kucing obesiti.
Pengubatannya adalah dengan terapi insulin. Ada beberapa ubat oral, tetapi memiliki lebih banyak kesan sampingan dan terutama digunakan kepada yang mungkin alergik atau beberapa alasan.
BACA: “Hingga Boleh Menyebabkan Kematian,” Ramai Tak Tahu Kucing Pun Boleh Hidap Diabetes
@_apauu_ mula mula kesian tgk , mesti kena langgar . sekali owner cerita . dia kena kencing manis sebab suka makan makanan yang manusia makan . makanan manis . kaki kena potong tahun 2017 .. itu yang kepala senget peha je gerak gerak ingat dia garu garu . padahal tak ada kaki , kesian ada geram pun ada .. hai lah kucing kucing #kucinggemoy #kucingkodong
Sumber: @_apauu_ via TikTok