Siakap Keli
Masjid MADANI
Kredit: Astro Awani

Masjid MADANI Bakal Jadi Tumpuan Masyarakat Berbilang Di Malaysia 

Masjid MADANI Bakal Jadi Tumpuan Masyarakat Berbilang Di Malaysia 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pembinaan Masjid MADANI berhampiran Jalan Masjid India dapat berfungsi sebagai tempat ibadah yang selesa.

Beliau juga mahu masjid ini menjadi pusat komuniti yang inklusif untuk umat Islam dan warga kota.

Menurut Anwar, masjid yang bakal didirikan di tengah bandar itu mencerminkan falsafah pembangunan berteraskan akidah Islam yang menyatukan umat Islam dan masyarakat pelbagai latar belakang.

“Fadillah (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof) pun sebut, cadangkan supaya ada ruang budaya, seni, tempat masyarakat berkumpul di masjid ini sebab ini masjid kota dan supaya rakan-rakan bukan Islam tak rasa kekok, kenal Islam yang sederhana, Islam yang penuh dengan rahmah dan hikmah.

“Sebab itu saya usulkan supaya ada ruang perpustakaan, dewan persidangan, seni dan budaya untuk perkenal Islam di mata awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pecah tanah Masjid MADANI milik Kumpulan Jakel di Jalan Bunus, di ibu kota pada Khamis.

Masjid empat tingkat yang dibina di atas tanah seluas 12,142 kaki persegi itu dijangka siap pada 2027 dan mampu menampung kira-kira 2,900 jemaah dalam satu masa, termasuk 592 jemaah di ruang solat utama di tingkat satu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel menjelaskan bahawa pembinaan masjid ini adalah untuk memenuhi hasrat Allahyarham bapanya.

Beliau turut mengambil kira keperluan masyarakat sekitar yang berdepan masalah kesesakan, terutamanya ketika solat Jumaat dan Hari Raya.

“Masjid ini akan memberi manfaat kepada umat Islam di kawasan sekitar dengan menyediakan kemudahan tempat ibadah yang lebih selesa dan teratur,” katanya.

BACA: Dua Tahun Lumpuh, Pesakit Beransur Pulih Dengan Bantuan “AI”

BACA: Ingatkan Kemalangan, Rupanya Kucing Ini Hilang Kaki Sebab Diatebes

BACA: Ibu Bapa Fatimah “The Family UK” Hiba Kongsi Keadaan Anak

Sumber: Astro Awani

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.