Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Megawatt Flash Charge Bakal Masuk Malaysia - BYD

megawatt flash charge

Megawatt Flash Charge Bakal Masuk Malaysia

BYD Malaysia telah mengesahkan rancangan untuk memperkenalkan Megawatt Flash Charge (MFC) di pasaran negara ini.

Mereka juga mengessahkan rancangan ini telah berjalan dan mencapai fasa kajian dan perancangan.

Megawatt Flash Charge di Showroom BYD, Denza

Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma berkata, MFC ini pada peringkat awal akan ditempatkan di bilik pameran dan pusat servis BYD dan Denza yang terpilih.

"Ketika ini, pasukan kami sedang giat mengkaji pelan pelaksanaan termasuk mekanisme tarif pengecas, sistem pembayaran, integrasi aplikasi dan pengalaman keseluruhan pengguna.."

"Ini bagi memastikan servis yang stabil dan selesa," kata beliau dalam satu sidang media yang berlangsung di China.

Tambah Jacob lagi, jika infrastruktur semakin baik, teknologi ini akan terus dikembangkan ke lokasi awam.

Cas 10-70% hanya 5 Minit

Syarikat ini juga sedang meneroka peluang untuk berkolaborasi dengan agensi kerajaan, pihak berkuasa berkaitan, operator pengecas dan lain-lain lagi sebagai langkah pelaksanaan.

BYD mengesahkan MFC mampu menjana kuasa sehingga 1,500kW untuk generasi kedua MFC ini yang beropersi bersama dengan penyimpan tenaga bateri (BESS).

MFC juga dikatakan mampu mengecas 10% hingga 70% dalam masa 5 minit sahaja manakala 10% hingga 97% hanya ambil masa 9 minit.

Seterusnya, Jacob juga berkata fasiliti MFC juga turut tersedia untuk kereta selain jenama BYD pada masa akan datang.

Buat masa ini, teknologi pengecas ini direka khas untuk BYD Super e-Platform dan beberapa model yang mampu menerima 1 megawatt atau lebih.