Siakap Keli
144 terbunuh
Kredit: AFP

144 Terbunuh, 732 Cedera Dalam Gempa Bumi 7.7 Magnitud Di Myanmar – Kerajaan 

144 Terbunuh, 732 Cedera Dalam Gempa Bumi 7.7 Magnitud Di Myanmar – Kerajaan 

YANGON, 28 Mac (Bernama) — Sekurang-kurangnya 144 orang terbunuh dan 732 cedera di Myanmar selepas gempa bumi dengan magnitud 7.7 menggegarkan negara itu pada Jumaat, menurut Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, lapor Xinhua.

Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing berkata jumlah korban termasuk 96 dari ibu negara Nay Pyi Taw, 18 dari Sagaing dan 30 dari Kyaukse, menurut laporan itu.

BACA: Gempa Bumi: Myanmar Minta Bantuan Antarabangsa

Beliau berkata mereka yang cedera termasuk 432 dari Nay Pyi Taw dan 300 dari Sagaing.

Menurut beliau, banyak bangunan mengalami kerosakan, dan operasi menyelamat sedang dijalankan.

Min Aung Hlaing turut meminta bantuan daripada masyarakat antarabangsa, menurut laporan itu.

Sumber: Bernama

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: