Siakap Keli
gempa bumi myanmar
Kredit: Pheonix TV News

Gempa Bumi Kuat 7.4M Landa Myanmar, Gegaran Turut Dirasai Di Semenanjung

Gempa Bumi Kuat 7.4M Landa Myanmar, Gegaran Turut Dirasai Di Semenanjung

Gempa bumi kuat bermagnitud 7.4 dilapor melanda kawasan di Mandalay, Myanmar kira-kira 2.21 petang, hari ini.

Manurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa tersebut berlaku pada kedalaman 57 kilometer dan jarak 55 kilometer ke arah barat daya dari Mandalay.

Susulan gempa kuat yang melanda kawasan itu, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.

Namun begitu, MetMalaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Dalam pada itu, orang ramai yang merasai gegaran berikutan gempa bumi tersebut diminta mengisi borang soal selidik yang dikeluarkan oleh jabatan berkenaan di pautan https://forms.gle/MTsG6RA5zZUYBevW6.

Semakan di laman Facebook MetMalaysia, beberapa pengguna yang berada di Pulau Pinang dan Kelantan mendakwa turut merasai gegaran tersebut.

Beberapa rakaman dan gambar kejadian gempa di Myanmar yang didakwa mengakibatkan bangunan serta jambatan runtuh tular di media sosial.

Bagaimanapun, kesahihan video-video yang menjadi tular tidak dapat disahkan.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

https://x.com/PhoenixTV_News/status/1905518139686760770

Gempa itu juga telah menggegarkan ibu negara Thailand, Bangkok yang menyaksikan sebuah bangunan dalam pembinaan runtuh.

Menurut AFP, seramai 43 pekerja dilaporkan hilang susulan kejadian itu.

BACA: Bangunan Dalam Pembinaan Di Thailand Runtuh Akibat Gempa

Selain Thailand, gempa turut dirasai di China, Kemboja, Bangladesh dan India.

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata bahawa negaranya bersedia untuk menawarkan bantuan yang perlu kepada Myanmar dan Thailand.

Untuk pengetahuan, Myanmar pernah dilanda enam gempa bumi kuat dengan 7.0 magnitud atau lebih. Ia berlaku antara tahun 1930 dan 1956 berhampiran Sesar Sagaing.

Malah, gempa bumi berkekuatan 6.8 magnitud di ibu kota purba Bagan di tengah negara itu telah mengorbankan tiga orang pada 2016. Bencana itu turut menumbangkan menara dan dinding kuil yang runtuh di destinasi pelancong terbabit.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Nahas Kluang: 3 Sekeluarga, Termasuk Kanak-Kanak Dua Tahun Antara Yang Maut

BACA: Risiko Perang, EU Gesa Rakyat Simpan Bekalan Untuk Bertahan 72 Jam

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.