Terkini

Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Bangunan thailand
Kredit: AFP/ Video tular

Bangunan Dalam Pembinaan Di Thailand Runtuh Akibat Gempa

Sofea

Bangunan Dalam Pembinaan Di Thailand Runtuh Akibat Gempa

Seramai 43 pekerja dilaporkan hilang apabila sebuah bangunan dalam pembinaan di Bangkok runtuh hari ini susulan gempa bumi yang turut berlaku di Myanmar pada Jumaat.

Dalam satu video yang tular di media sosial, bangunan yang terletak di daerah Chatuchak itu dilihat runtuh menyembah bumi sehingga membuatkan orang ramai yang berada di situ panik.

Menurut AFP, bangunan tersebut dirancang untuk menempatkan pejabat kerajaan.

Timbalan ketua polis daerah Bang Sue, Worapat Sukthai berkata bahawa dia mendengar orang meminta bantuan ketika tiba di tapak bangunan itu bagi meninjau keadaan.

“Kami menganggarkan ratusan orang cedera tetapi jumlah korban masih belum diketahui,” katanya kepada AFP.

Sementara itu, Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra telah mengisytiharkan darurat berikutan kejadian terbabit.

Thai PBS World melaporkan bahawa Paetongtarn berada di wilayah Phuket ketika gegaran berlaku di ibu negara.

Beliau juga memberi amaran kepada orang ramai untuk tetap berwaspada terhadap potensi gegaran susulan, dengan kemungkinan berulang dalam tempoh 24 jam.

BACA JUGA: Gempa Bumi Kuat 7.4M Landa Myanmar, Gegaran Turut Dirasai Di Semenanjung

Memetik laporan The Nation Thailand, Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat telah diarahkan untuk memberi amaran kepada orang ramai melalui SMS. Garis panduan keselamatan juga akan dimaklumkan menerusi medium itu.

Manakala, pasukan keselamatan telah digerakkan untuk memastikan keselamatan awam.

Di samping itu, satu lagi video yang tular menunjukkan air dari kolam renang atas bumbung sebuah kondominium memercik ke bawah.

Isyarat telefon dan internet juga terganggu semasa dan selepas gempa bumi itu.

Jabatan Meteorologi Thailand pula memaklumkan bahawa gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dengan pusat gempa di Myanmar.

Ia menyebabkan kerosakan yang meluas di Myanmar yang memperlihatkan bangunan runtuh, jalan raya retak dan ramai mengalami kecederaan.

Berkekuatan 7.4 magnitud, gegaran turut dirasai di wilayah Yunnan, barat daya China.

Malah, Jabatan Meteorologi Malaysia juga memaklumkan bahawa gegaran itu dapat dirasai di beberapa kawasan di semenanjung.

Sumber: AFP, Thai PBS World