Siakap Keli
kanak-kanak autistik
Kredit: Bernama

Kanak-Kanak Autistik Hilang Selepas Keluar Rumah

Kanak-Kanak Autistik Hilang Selepas Keluar Rumah

BALING, 28 Mac (Bernama) — Seorang kanak-kanak autistik dilaporkan hilang setelah keluar daripada rumahnya di Kuarters Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kampung Landak Paya, Kupang dekat sini kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil dalam kenyataan berkata Mohamad Fayyad Affan Mohd Fakhri, 4, dipercayai keluar menerusi pintu belakang.

BACA JUGA: Kanak-kanak Saman Tiga Pengasuh, Pemilik Taska RM1.2 Juta

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.36 petang dan menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian bagi memulakan pencarian.

“Operasi pencarian mangsa dibuat di kawasan yang dipercayai mangsa telah hilang, bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung,” katanya sambil menambah operasi pencarian masih diteruskan.

Sumber: BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.