Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Kanak-kanak Saman Tiga Pengasuh
Kredit: Bernama

Kanak-kanak Saman Tiga Pengasuh, Pemilik Taska RM1.2 Juta

Athirah

Kanak-kanak Saman Tiga Pengasuh, Pemilik Taska RM1.2 Juta

KUALA TERENGGANU, 26 Mac (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki yang didakwa didera di sebuah pusat jagaan berdaftar di Batu Buruk di sini sehingga koma dua tahun lepas, memfailkan saman RM1.2 juta terhadap tiga orang pengasuh dan pengusaha taska berkenaan.

Peguam Mohd Hazwan Hamidun berkata saman berkenaan difailkan Ahmad Aysar Wildan Ahmad Syamil Hadi, 3, melalui bapanya yang merupakan Guardian ad litem di Mahkamah Tinggi, di sini semalam dan akan diserahkan kepada defendan minggu ini.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Mohd Hazwan berkata saman sivil itu difailkan ke atas pengasuh pertama, 29, pengasuh kedua, 24, dan pengasuh ketiga, 35, serta pemilik taska, 51.

Berdasarkan saman yang difailkan itu, kanak-kanak itu menamakan pengasuh pertama sebagai defendan pertama yang didakwa pelaku utama dan telah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini di bawah Akta 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 pada 16 Dis 2024, dan telah didenda RM15,000.

Dua lagi defendan lain pula yang berada dalam bilik sama ketika kejadian didakwa hanya melihat dan tidak mencegah atau melarang defendan pertama daripada mengasari dan mencederakan Ahmad Aysar Wildan yang ketika itu berusia empat bulan.

Mohd Hazwan berkata pemilik taska pula didakwa melakukan kecuaian apabila gagal memastikan semua pengasuh mematuhi etika dan menjalankan kerja dengan baik, sekali gus bertanggungan secara vikarius atas tindakan pengasuhnya itu.

Selain saman RM1.2 juta, pihaknya turut menuntut ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM250,000, ganti rugi khas yang akan ditaksirkan mahkamah dan kos tindakan, kos guaman serta faedah yang akan ditanggung defendan.

Dalam kejadian antara 1 hingga 3 Jan 2023 itu, anak tunggal dari pasangan pegawai perubatan berkenaan telah mengalami pendarahan di bahagian otak kiri, retak bahagian kiri tengkorak dan pendarahan pada bahagian retina kedua-dua matanya.

Ahmad Syamil Hadi berkata anaknya itu kini disahkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) kategori pelbagai yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat akibat kecederaan tersebut.

Beliau berkata kes jenayah terhadap anaknya memang sudah selesai dan kini beliau memfailkan saman sivil berkaitan kes anaknya itu terhadap semua defendan.

“Anak saya juga kini terpaksa menjalani fisioterapi seminggu sekali kerana tangan dan kaki kanannya tidak boleh berfungsi dengan normal. Perkembangannya juga tertangguh dan disebabkan dengan keadaan emosinya, doktor suspek dia mungkin autism,” katanya.

BACA: 84 Beg Darah Selamatkan 1 Nyawa, HTAR Seru Orang Ramai Jadi Penderma Tetap

Sumber: Bernama