Tinggal RM20 Je Nak Balik Raya, Lelaki Beli Makanan Kat Orang Susah, Rupanya Ada Tujuan
Tidak lama lagi, suasana ‘sibuk’ akan kembali menghangatkan jalan raya apabila umat Islam bersiap sedia menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Dari utara ke selatan, timur ke barat, rakyat Malaysia berpusu-pusu menuju ke kampung halaman masing-masing demi merayakan lebaran bersama insan tersayang.
Namun, di sebalik keterujaan ini, kita semua sebenarnya memiliki tanggungjawab yang lebih besar – saling menjaga dan memastikan setiap orang dapat pulang ke pangkuan keluarga.
Pendek kata, janganlah kita mementingkan diri sendiri sehingga lupa untuk bertimbang rasa antara satu sama lain.
“Kebaikan”, walaupun kecil, mampu memberi makna besar dalam hidup seseorang
Itulah yang dilakukan oleh seorang pemuda ini ketika dirinya dalam perjalanan pulang ke kampung. Dalam video berkenaan, pemuda tersebut singgah di sebuah stesen minyak untuk membeli barang.
Ketika hendak masuk ke kedai, pandangannya tertumpu pada seorang lelaki yang berpakaian agak lusuh sedang duduk di luar kedai.
Tersentuh hati melihat keadaan lelaki tersebut, pemuda itu tanpa berfikir panjang membeli makanan dengan wang yang tinggal sedikit untuk diberikan kepadanya.
Namun, tindakan itu bukanlah dibuat saja-saja, tapi ada tujuan yang pemuda itu kejarkan.
Sebenarnya, pemuda itu membantu dengan tujuan melakukan sebanyak mana kebaikan yang boleh dilakukan.
Baginya, melakukan kebaikan bukanlah sesuatu yang dilakukan kerana perlu, tapi kerana kita mampu untuk melakukannya.
Kisah mengenai pemuda ini boleh ditonton dengan lebih jelas melalui iklan raya yang dihasilkan oleh Matrix, seperti di bawah:-
Meraikan Kebaikan – Bukan Kerana Perlu, Tapi Kerana Mampu
Di saat banyak video raya mengetengahkan kemeriahan menyambut lebaran dengan gelak tawa dan suasana gembira, Matrix Concepts tampil ‘menjentik’ hati ramai.
Mereka menyeru kita semua agar saling meraikan kebaikan dan menjaga antara satu sama lain, terutama di musim perayaan ini.
Mungkin kita tidak akan pernah tahu sejauh mana kebaikan yang kita lakukan memberi kesan dalam hidup orang lain.
Namun, apa yang pasti, setiap tindakan ikhlas mampu mengukir senyuman di wajah mereka yang memerlukan.
Jadi, tahun ini, mari kita jadikan Aidilfitri lebih bermakna dengan berkongsi kebaikan tanpa mengira usia, bangsa atau latar belakang.
Bersama-sama, kita raikan Syawal sebagai sebuah keluarga besar – Keluarga Malaysia.
Bertolak ansur di jalan raya, utamakan keselamatan dan sebarkan kebaikan walau di mana kita berada.
Siapa tahu, kebaikan itu akan kembali kepada kita di saat yang paling kita perlukan?
Rumah Terbuka Raya Matrix 2025
Untuk info, Matrix Concepts Holdings Berhad akan menganjurkan Rumah Terbuka Raya Matrix di beberapa lokasi bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Acara ini terbuka kepada orang ramai dan menjanjikan pelbagai aktiviti menarik serta hidangan yang pastinya memikat selera.
Berikut adalah butiran lengkap mengenai tarikh dan lokasi:
12 April 2025
- Matrix Sales Galleria, Kluang, Johor
- 5:00 petang – 10:00 malam
12 & 13 April 2025
- Bayu Sutera, Seremban
- 5:00 petang – 10:00 malam
19 & 20 April 2025
- Eka Heights, Seremban
- 10:00 pagi – 3:00 petang
20 April 2025
- Levia Residence, Kuala Lumpur
- 10:00 pagi – 5:00 petang
Untuk maklumat lanjut berkaitan majlis, sila layari www.matrixtogo.com
Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan suasana Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan di Rumah Terbuka Raya Matrix.
Dalam pada itu, di kesempatan ini, kami ucapkan selamat pulang ke kampung halaman dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.