Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Muhammad Hafizuddin
Sumber: BERNAMA
Tiada Kategori

Buta Mata Tapi Celik Hati, Muhammad Hafizuddin ‘Bilal Cilik’ Masjid

Hannah

Buta Mata Tapi Celik Hati, Muhammad Hafizuddin ‘Bilal Cilik’ Masjid

GEORGE TOWN, 30 Mac (Bernama) — Penglihatannya mungkin tidak sesempurna orang lain, namun itu tidak menghalang Muhammad Hafizuddin Muhammad Amirul Hakim Linges,10, menghafal pelbagai surah sejak berusia empat tahun hingga kini diberi kepercayaan menjadi bilal cilik Masjid at-Taqwa, Taman Tun Sardon di Gelugor.

Muhammad Hafizuddin mula menghafal surah Yasin ketika berusia empat tahun dan pada usia enam tahun mampu menghafal keseluruhan surah itu seterusnya surah lain seperti al-Mulk, al-Kahfi, ar-Rahman, as-Sajdah, juz Amma dan surah al-Baqarah ayat 1 hingga 101.

Meskipun masih kecil, keperibadian kanak-kanak itu tidak menggambarkan usianya yang dilihat lebih matang malah mempunyai lantunan suara yang lunak terutama ketika mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran dan melaungkan azan.

Ibunya Wan Dalila Diyana Wan Mustoffa, 42, berkata Muhammad Hafizuddin dikesan menghidap barah mata ketika usianya empat bulan hingga menyebabkan dia hilang penglihatan pada mata kiri manakala mata kanannya pula kurang jelas.

Wan Dalila Diyana yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan berkata anaknya yang kini pulih daripada penyakitnya seringkali mengajaknya untuk bersolat setiap hari sejak berusia setahun apabila mendengar laungan azan dari masjid berhampiran rumah mereka.

BACA: WynSnow Salji Sebenar Ke KLCC

“Dia memang aktif di masjid malah sejak umur tiga tahun lagi datuknya telah bawa dia ke sana dan boleh kata masjid itu ibarat rumah keduanya sebab kebanyakan masanya memang dihabiskan di sana.

“Dia juga minat berzikir, berselawat dan banyak masuk kelas hafazan. Kelebihan Muhammad Hafizuddin, dia ikut bacaan imam kemudian dia hafal sendiri dan saya pula cuma asuh, perbetulkan (bacaan). Di sekolah dari usia enam tahun cikgu sudah nampak potensinya dan beri kepercayaan kepadanya ketuai bacaan doa, tahlil,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Sementara itu, Muhammad Hafizuddin yang kematian bapa akibat barah otak ketika tujuh bulan di dalam kandungan berkata sejak kecik dia gemar mendengar bacaan imam ketika solat dan bercita-cita menjadi imam atau bilal selain berhasrat memasuki sekolah tahfiz.

“Saya bersyukur dan seronok dapat jadi bilal di sini. Insya-Allah suatu hari nanti saya nak jadi imam atau bilal. Saya juga sasar pada usia 12 tahun, nak hafal sekurang-kurangnya separuh daripada al-Quran sebelum masuk ke tahfiz.

“Untuk hafalan, mula-mula saya akan baca ayat sama tujuh kali kemudian tutup al-Quran dan ulang sebanyak tiga kali,” kata murid Madrasah Uthmaniah (ABIM) Sungai Ara itu sambil memberitahu dia akan bangun seawal lima pagi dan mengulangi hafalan sebelum solat subuh seterusnya membaca al-Quran dan ke sekolah.

BACA: Ramai Puji, PM Luang Waktu Baca Kad Ucapan Aidilfitri Diterimanya

Bendahari Masjid at-Taqwa Abdul Aziz Md Noohu berkata pihak masjid bercadang mengangkat Muhammad Hafizuddin sebagai ikon belia supaya dapat dijadikan contoh kepada anak-anak muda lain untuk mengimarah serta mendekatkan diri dengan masjid.

Mereka juga berbangga dengan pencapaian Muhammad Hafizuddin dan sumbangannya kepada masjid biarpun usianya baru 10 tahun.

“Kita memang banyak buat program untuk cungkil bakat anak muda kariah di sini untuk jadi pelapis bilal dan imam. Macam Muhammad, dari kecil kita nampak dia dah tunjuk bakat dan kelebihan selain aktif menyertai program yang dianjurkan seperti hafazan al-Quran, kem solat.

“Sebelum ini kita bagi peluang kepada dia untuk laung azan dan pada Ramadan ini dia dijemput jadi bilal tarawih untuk awal 15 puasa,” katanya.

BACA: Penduduk Negeri Wakal, Maluku Tengah Sambut Aidilfitri Hari Ini

Sumber: BERNAMA