Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga lewat petang ini.
Dalam kenyataan tersebut, tiga negeri dijangka mengalami cuaca buruk hingga 3 petang ini.
“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Kinta, Kampar dan Batang Padang, manakala di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut.
“Di Sabah pula, daerah yang terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau) dan Tawau (Tawau dan Semporna),” maklum METMalaysia.
Sementara itu, cuaca buruk juga dijangka berlaku di lima negeri hingga 6 petang ini, termasuk keseluruhan negeri Perlis, Kelantan dan Terengganu.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Di Perak pula, daerah yang terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar,” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Kebakaran Putra Heights: 111 Mangsa Terima Rawatan Di Hospital
BACA: Polis Tahan Anggota Tentera Lakukan Kekerasan Terhadap Pemandu Wanita Di Senawang
BACA: Isu Penjaja Belon: DBKL Rehatkan Anggota Terlibat Sementara Tunggu Siasatan Selesai
Sumber: METMalaysia