Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Chery Malaysia Sediakan 50 Kereta
Gambar: BERNAMA

Chery Malaysia Sediakan 50 Kereta Untuk Kegunaan Mangsa Kebakaran

Hannah

Chery Malaysia Sediakan 50 Kereta Untuk Kegunaan Mangsa Kebakaran

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) — Syarikat automotif Chery Malaysia menyediakan sebanyak 50 kereta untuk kegunaan mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights selama sebulan, kata Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor Ng Sze Han.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara itu berkata usaha sama antara syarikat berkenaan dengan kerajaan negeri bertujuan membantu mangsa yang memerlukan kenderaan untuk ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah sepanjang tempoh mereka berdepan kesukaran ini.

“Permohonan adalah atas (prinsip) ‘siapa cepat dia dapat’ yang boleh dibuat di pejabat saya dan pejabat ADUN Kota Kemuning Preakas Sampunathan mulai sekarang.

“Oleh kerana hanya mempunyai 50 buah kereta sahaja maka kami akan membuat pemilihan untuk membekalkan ia kepada mereka yang memerlukan,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa dan kawasan terjejas di Seksyen 1/3 Putra Harmoni di Subang Jaya hari ini.

Beliau berkata sumbangan Chery Malaysia itu bernilai RM500,000 dan pihaknya mengalu-alukan lebih banyak syarikat automotif untuk tampil menjalinkan usaha sama dengan kerajaan negeri bagi meringankan beban mangsa tragedi itu.

Ng juga berkata pasukan penyiasat masih lagi berusaha untuk mengenal pasti punca kebakaran saluran paip gas di Putra Height yang berlaku pagi semalam.

“Jabatan Forensik masih menjalankan siasatan dan buat masa ini, kita tidak boleh mengeluarkan kenyataan (berhubung perkara itu),” katanya.

Sebanyak 20 agensi hari ini memulakan siasatan dan pemeriksaan tahap keselamatan di lokasi kebakaran.

Antaranya ialah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Kerja Raya, pihak berkuasa tempatan serta pejabat daerah di kawasan terlibat.

BACA: Kebakaran Putra Heights: 111 Mangsa Terima Rawatan Di Hospital

BACA: Isu Penjaja Belon: DBKL Rehatkan Anggota Terlibat Sementara Tunggu Siasatan Selesai

BACA: Polis Tahan Anggota Tentera Lakukan Kekerasan Terhadap Pemandu Wanita Di Senawang

Sumber: BERNAMA