Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kebakaran Saluran Gas
Gambar: BERNAMA

Projek Berhampiran Lokasi Kebakaran Saluran Gas Ada Kelulusan – Datuk Bandar

Hannah

Projek Berhampiran Lokasi Kebakaran Saluran Gas Ada Kelulusan – Datuk Bandar

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) — Projek pembangunan berhampiran lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya telah mendapat kelulusan dan kebenaran yang sah sejak 2022.

Datuk Bandar Subang Jaya Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata projek membabitkan rumah kedai itu kini berada dalam fasa mendapatkan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) dan semua kelulusan diperoleh mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Projek berkenaan sepatutnya siap pada Disember tahun lepas, namun mengalami sedikit kelewatan disebabkan proses mendapatkan CCC,” katanya kepada pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di sini hari ini.

Mengulas dakwaan yang tersebar menerusi media sosial berhubung projek berkenaan, Amirul Azizan berkata tiada kenyataan rasmi akan dikeluarkan pihaknya setakat ini memandangkan siasatan terperinci masih dijalankan oleh Petronas, polis dan pihak berkuasa berkaitan.

Beliau berkata semua dakwaan yang tular dalam media sosial ketika ini tidak boleh dianggap rasmi dan pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh agensi berkaitan.

Amirul Azizan turut mengesahkan projek itu mendapat kelulusan untuk menggunakan kawasan Rizab Laluan (ROW) Petronas dan kontraktor terlibat juga merupakan panel yang diluluskan oleh agensi berkaitan.

“Apa-apa kelulusan mereka buat mengikut peraturan dan telah mendapatkan kebenaran dan kelulusan Petronas untuk gunakan ROW bagi penanaman paip Indah Water Konsortium (IWK), tetapi projek tidak dalam kawasan ROW.

Semalam, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kebakaran pada 8.10 pagi itu berlaku di saluran paip utama Petronas Gas Bhd (PGB).

BACA: Chery Malaysia Sediakan 50 Kereta Untuk Kegunaan Mangsa Kebakaran

BACA: Kebakaran Putra Heights: 111 Mangsa Terima Rawatan Di Hospital

BACA: Polis Tahan Anggota Tentera Lakukan Kekerasan Terhadap Pemandu Wanita Di Senawang

Sumber: BERNAMA