Rak Kosong, Tak Sangka Makanan Di FamilyMart Ini Habis ‘Diborong’
Pada setiap perayaan, banyak kedai serbaneka sering kali dipenuhi dengan orang ramai. Ini kerana kebanyakan individu mengambil peluang untuk membeli makanan ringan ataupun barang keperluan asas.
Contohnya seperti kedai FamilyMart yang memiliki suasana yang selesa dan harga yang berpatutan menjadikannya kedai serbaneka kegemaran ramai, terutamanya dalam kalangan anak muda dan pekerja yang mencari makanan ringan atau snek yang lazat.
Di samping itu, salah satu tarikan utama ialah pilihan makanan Jepun seperti Oden, Onigiri, Sofuto (ais krim lembut) dan mi segera yang sukar didapati di kedai serbaneka lain.
Hampir kosong, orang ramai serbu FamilyMart di Perak
Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi keadaan salah satu cawangan kedai serbaneka FamilyMart di Perak apabila rak-rak barangan hampir kosong dengan jumlah pembelian yang luar biasa.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @syafiq_halim di TikTok, anak-anak perantau yang pulang ke kampung halaman dipercayai ‘memborong’ hampir kesemua barangan di kedai serbaneka ini.
Ia sekaligus menyebabkan beberapa barang yang popular dan banyak dicari seperti makanan ringan, minuman dan pelbagai jenis produk lain telah habis dibeli oleh orang ramai.
Video berdurasi 00:20 saat memaparkan sebahagian rak yang meletakkan roti, air minuman dan lain-lain yang menjadi sedikit berselerak selepas para pelanggan membuat pembelian di kedai tersebut.
Namun begitu, terdapat rak yang masih dipenuhi dengan produk-produk lain dan berada dalam keadaan teratur, menunjukkan bahawa sesetengah kawasan di kedai tersebut masih dikendalikan dengan baik walaupun mengalami peningkatan mendadak dalam jumlah pelanggan.
Macam tak percaya apabila melihat suasana di kedai tersebut
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terkejut apabila melihat keadaan kedai serbaneka yang terkemuka itu. Bagi @syafiq_halim, fenomena ini mungkin biasa berlaku di mana-mana cawangan FamilyMart di seluruh negeri.
@syafiq_halim Dah balik bandor nanti, pergi lah puas² 😅😂
BACA: Betul Ke Kena Tekan “Push Start Button” 3 Kali? Ini Jawapannya
BACA: Dah Macam CCTV, Burung Hantu Singgah ‘Beraya’, Bertenggek Dalam Rumah
Sumber: @syafiq_halim via TikTok